BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Cheng Hoe puji komitmen pemain meskipun Harimau Malaya tersingkir

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Cheng Hoe puji komitmen pemain meskipun Harimau Malaya tersingkir​

3620440.webp

Cheng Hoe

KETUA jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tetap berbangga dengan semangat juang anak buahnya walaupun Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Vietnam pada aksi separuh akhir kedua Piala ASEAN 2026 di Stadium My Dinh, Hanoi malam ini.

Cheng Hoe berkata, beliau menghargai komitmen yang ditunjukkan pemain sepanjang dua perlawanan separuh akhir berdepan Vietnam yang menurunkan barisan terbaik selaku juara bertahan kejohanan.

"Saya berharap selepas kejohanan ini, pemain terutama pemain muda dapat memperoleh pengalaman dan pendedahan untuk membantu mereka memperbaiki prestasi pada masa depan,” katanya menerusi audio dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dua gol Nguyen Xuan Son pada minit ke-62 dan ke-89 memastikan Vietnam melangkah ke final dengan kemenangan 2-0 pada aksi kedua sekali gus menyingkirkan Malaysia dengan agregat 4-0 selepas turut menang 2-0 pada perlawanan pertama tempoh hari.

Di sebalik kekalahan itu, pengendali berusia 58 tahun berkenaan memuji pemainnya yang menurut beliau berjaya menyerap tekanan dan mempamerkan semangat juang tinggi ketika berdepan skuad Naga Emas. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register