BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Chelsea EPL Chelsea dilanda 'gelora'

azrulazman

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,844
Joined
Feb 11, 2010
Messages
30,844
Reaction score
215
Points
128
LONDON - Chelsea dilanda 'gelora' menjelang aksi pusingan kelima Piala FA menentang Birmingham City malam ini.

Situasi itu didedahkan sendiri pengurus skuad The Blues, Andre Villas-Boas yang mendakwa beliau tidak mendapat sokongan penuh daripada para pemain.

Pengurus kelahiran Portugal itu menghadapi musim pertama yang sukar di Stamford Brigde selepas menggantikan Carlo Ancelotti pada musim panas lalu.

Villas-Boas semakin tertekan selepas Chelsea tewas 0-2 kepada Everton dalam saingan Liga Perdana England, Sabtu lalu.

Kehadiran pemilik kelab, Roman Abramovich ke kem la- tihan Chelsea di Cobham turut menimbulkan spekulasi bahawa hartawan Rusia itu masih bersabar dan mengharapkan kejayaan daripada Villas- Boas.

Sekiranya Chelsea tewas kepada Birmingham malam ini, kedudukan Villas-Boas pasti terjejas dan ia juga akan melemahkan lagi keyakinan pasu- kan untuk berdepan Napoli pada pusingan kalah mati pada aksi Liga Juara-Juara minggu depan.

Villa-Boas menegaskan, beliau tetap akan menggalas tanggungjawab yang diberikan Abramovich meskipun tidak semua pemain menyimpan azam yang sama untuk kelab.

"Mereka tidak perlu menyokong projek saya. Saya telah mendapat sokongan penuh daripada pemilik kelab sendiri. Saya rasa beliau (Abramovich) masih mempercayai saya dan kami akan teruskan perancangan kami.

"Kami sedang berusaha untuk merebut kedudukan yang terbaik di dalam saingan liga dan cuba memenangi dua trofi pada musim ini.

"Ia merupakan saat yang sa- ngat baik untuk pasukan jika kami berjaya menewaskan Birmingham, sekali gus menempah slot ke suku akhir Piala FA," kata Villas-Boas.

Tambahnya lagi, Chelsea juga perlu memperbaiki kedudu- kan dalam liga dan mempamerkan kekuatan sebenar pasukan itu.

"Pasukan (Tottenham) yang berada di tempat ketiga sudah mendahului dengan 10 mata di hadapan kami dan kami juga perlu mendapatkan tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim depan," ujar Villas-Boas. - AFP
 
Back
Top
Log in Register