BTC USD 83,006.6 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Check List Amalan Di Bulan Ramadhan

antara yg boleh diamalkan semasa nak berbuka

A579B2A7-C6F7-4106-B625-AF365B6F544C.jpeg
 

Dr Ahmad Sanusi​

Semalam jam 5:36 PG ·

Doa-doa Dalam Bulan Ramadan
========
1. Antara doa-doa yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadan ini ialah:
(1) Doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Saidatina Aisyah. Satu hari, Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah, andai sekiranya beliau bertemu dengan Lailatul Qadar, apa yang harus beliau lakukan. Lalu Rasulullah mengajarkan kepada Saidatina Aisyah agar membacakan doa ini:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan suka untuk mengampunkan, maka ampunilah daku. (HR al-Tirmizi)

(2) Doa yang dibacakan oleh Saidina Abdullah bin Amru. Menurut Ibn Abi Mulaikah, Saidna Abdullah bin Amru akan membaca doa ini setiap kali ingin berbuka puasa iaitu:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
Ya Allah, aku memohon dgn rahmatMu yang meliputi segala perkara agar mengampunkan dosa-dosaku. (HR Ibn Majah)

(3) Doa Rasulullah ketika berbuka puasa. Saidina Abdullah bin Umar pernah berkata: Sesungguhnya Rasulullah ﷺ apabila Baginda berbuka puasa, Baginda akan melafazkan:
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Telah hilanglah dahaga dan telah basah urat-urat. Dan telah tetaplah pahala (diterima) dengan izin Allah. (HR Abu Daud)

(4) Amalkan juga doa yang digemari oleh Rasulullah ini. Menurut Saidina Anas, doa ini adalah antara doa yang paling banyak dibacakan oleh Rasulullah. Oleh yang demikian, amalkan juga doa ini dalam bulan Ramadan ini:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”

2. Dapatkan buku 40 Hadis tentang Puasa dan Ramadan di shopee:
https://shopee.com.my/Hadis-40-Tentang-Puasa-dan-Ramadan...
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

1649893624698.png

1649893663737.png

1649893673389.png

1649893728271.png
 
IMG_20220419_103218_307.jpg

PELIHARALAH LISANMU

Ibadah puasa merupakan waktu yang sangat tepat untuk kita menjaga diri daripada melakukan perbuatan yang mungkar termasuk menjaga lisan kita dengan tidak melakukan fitnah, dengki, mengadu domba dan lain-lain.

Manfaatkanlah nikmat lidah dengan perbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir memuji kebesaran Allah SWT.

Bermula Ramadan ini, marilah kita semua menggandakan pahala ibadah dan menjaga lisan daripada berkata perkara-perkara yang kotor dan keji.
 

Dr Ahmad Sanusi​

5m ·

Sunnah Rasulullah Memberi Keberkatan Pada Kehidupan
==============
1. Melewatkan sahur
2. Segerakan berbuka
3. Iktikaf di masjid
4. Bersedekah
5. Mengkhatamkan al-Quran
6. Tidur Qailulah
7. Memberi makan orang yang berpuasa

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, sunnah baginda adalah perkara yang menjadi ikutan. Selain mendidik ketakwaan kita, ia juga untuk menjadikan diri kita manusia yang lebih baik, yang memberi manfaat pada orang lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun daripada pahalanya (orang berpuasa tersebut).”
[Hadis Riwayat at-Tirmidzi]

Mari kita sama-sama mengamalkan sunnah baginda dengan bersedekah dan permudahkan urusan para asnaf melalui Yayasan Maghfirah.
Moga Allah membimbing kita.

 
IMG_20220423_015208_667.jpg

GANDAKAN AMALAN DI 10 AKHIR RAMADAN

InsyaAllah, malam ini bermula misi untuk kita memburu malam Lailatul Qadar. Antara amalan yang boleh kita gandakan iaitu :

1. Banyakkan membaca al-Quran
2. Banyakkan Berzikir, Beristighfar dan Berdoa
3. Beri'tikaf di Masjid
4. Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail setiap malam
5. Banyakkan bersedekah

Semoga kita istiqamah beribadah sepanjang 10 malam terakhir ini kerana lailatulqadar pasti hadir pada salah satu malam tersebut.
 

Dr. Kamilin Jamilin​

2j ·

Antara amalan yang paling afdal dan yang paling mudah dilakukan pada malam-malam Ramadan adalah berzikir dengan zikir yang memiliki fadilat khusus. Moga-moga dapat digandakan ganjarannya berpuluh ribu kali ganda jika bertepatan dengan malam Laylatul Qadr.

Zikir yang paling afdal adalah kalimah tauhid dan lafaznya yang paling baik adalah:
لا إلهَ إلاَّ اللَّه وحْدهُ لاَ شَرِيكَ لهُ، لَهُ المُلْكُ، ولَهُ الحمْدُ، وَهُو عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ
Dalam al-Sahihayn (al-Bukhari dan Muslim): "Sesiapa yang mengucapkannya sebanyak 100 kali, pahalanya bersamaan dengan memerdekakan 10 orang hamba".

Kalau kita ucapkan zikir ini setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan dan mengenai satu malam Laylatul Qadr, maka ia menyamai fadilat memerdekakan lebih daripada 300,000 orang.

Memerdekakan seorang hamba sahaja boleh melepaskan seseorang itu daripada api neraka, sebagaimana dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:
مَنْ أَعْتَقَ رَقَبَةً مُؤْمِنَةً، أَعْتَقَ اللَّهُ بِكُلِّ عُضْوٍ مِنْهُ عُضْوًا مِنْهُ مِنَ النَّارِ
"Sesiapa yamg memerdekakan seorang hamba sahaya yang mukmin, Allah pasti akan memerdekakan setiap tubuh anggotanya seperti setiap anggota hamba sahaya yang dimerdekakan itu daripada api neraka".

Fadilat yang sangat menakjubkan! Namun kelalaian manusia daripada amalan mudah lagi besar ganjarannya seumpama ini lebih menakjubkan.
-Syeikh 'Abd al-'Azīz al-Ťarīfi-


1651105578898.png
 
syabas yg berjaya khatam quran dan x ponteng solat terawih
 
IMG_20230328_085046_568.jpg


REBUTLAH 7 AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADAN

✅ Berbuka puasa dengan kurma/makanan yang manis
✅ Membaca doa sebelum berbuka
✅ Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat
✅ Menyegerakan berbuka puasa
✅ Memperbanyakkan membaca Al-Quran, Berzikir, Berselawat dan membuat amal kebajikan
✅ Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin
✅ Menjauhi percakapan yang sia-sia dan tidak bermanfaat

Semoga kita dapat beramal sepanjang bulan Ramadan ini.
 
Back
Top
Log in Register