BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Charlie Hebdo pernah usik Islam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SYARIKAT akhbar satira, Charlie Hebdo, banyak mengetengahkan sentimen keagamaan dalam kartun dan majalah terbitannya.

Syarikat yang ditubuhkan pada 1970 berkenaan popular dengan kartun dan penulisan keras yang membabitkan ahli politik dan pelbagai agama.

Kartun menggambarkan Nabi Muhammad SAW yang pernah dicetak syarikat berkenaan telah menimbulkan kemarahan umat Islam dan sesetengah pihak menjadikan syarikat tersebut sebagai sasaran.

Walaupun begitu, motif sebenar serangan pada tengahari Rabu semalam tidak diketahui.


Popular kerana kontroversi

Pada November 2011, pejabat Charlie Hebdo dibakar kerana menerbitkan kartun Nabi Muhammad SAW pada muka depan majalah mereka.

Kartun berkenaan menyelitkan lawak sinis mengenai hukuman rotan.

Pada 2012, dunia dikejutkan dengan filem 'Innocent of Muslims' dan Charlie Hebdo mengambil kesempatan tersebut untuk menerbitkan kartun Nabi Muhammad SAW, sekali lagi.

Susulan penerbitan kartun tersebut, sekolah dan kedutaan Amerika dan Perancis ditutup di lebih 20 negara sebagai langkah berjaga-jaga.

Memetik laporan BBC, seorang kakitangan Charlie Hebdo, Laurent Leger mempertahankan majalah tersebut, atas alasan kartun tersebut bukan bertujuan untuk menimbulkan kemarahan.

"Di Perancis, kami ada hak untuk menulis dan melukis," kata Laurent.

"Jika ada yang tersinggung, samanlah kami dan kami akan mempertahan hak kami. Ini demokrasi."

"Tapi jangan baling bom," tambahnya.
 
adalah yang sakit hati tu yang sampai kena bom...tak pasal2 12 nyawa yang melayang.
 
christian dia sindir,jew dia sindir,semua dia sindir. macam "mat salleh cakap pengganas tak kenal agama"
 
Dr M: Charlie Hebdo tak patut cetus provokasi
4:00PM Jan 8, 2015
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo tidak sepatutnya mencetuskan provokasi dan menyakitkan hati orang Islam.

Mahathir berkata, beliau tidak menyokong tindakan kumpulan bersenjata yang menyerang pejabat Charlie Hebdo sehingga mengorbankan 12 orang semalam.

Namun, redaksi akhbar tersebut sepatutnya lebih sensitif dengan perasaan orang Islam, kata Mahathir seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia Online.

“Mereka suka membuat karikatur mengenai Nabi Muhammad. Ini provokasi.

"Walaupun orang Islam tidak harus membunuh tetapi sudah tentu ada kalangan orang Islam yang agak begitu marah dan mereka membuat tindakan sebegitu.

“Apa niat mereka mempermainkan Nabi Muhammad sedangkan mereka tahu ini menyakitkan hati orang Islam.

"Hanya kerana mereka rasa selamat dan kuat maka mereka boleh buat apa sahaja,” katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut.

http://m.malaysiakini.com/news/285744.html
 
dua suspek dikenalpasti

1509278_1402786253348898_6939870262405155247_n.jpg
 
charlie Habdo ni klau kat msia mcm majalah Apo?,Ujang atau Gila-Gila..

dah nama pn mat saleh kapir,dorang bukannya reti hukum-hakam..kalu buleh semua isu trmasuk agama pn nak dijadikan bahan lawak jenaka

kalo ikut adat agama &budaya kita mmglah very unacceptable,tp bagi dorg benda ni mcm biasa2 shj

smpai kena hukum tembak mati tu mmg melampaulah bg masyarakt dorg
 
kebebasan b'suara konon. negara kapirlah yg byk masuk campur hal ehwal negara islam dgn meletak pemimpin boneka utk kelangsungan negara haram israel. bebaslah sangatttttt...
 
sendiri cari penyakit, kan dah dapat obat...
 
Back
Top
Log in Register