BTC USD 84,388.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS CHAPTER 2 | JOHOR DARUL TA'ZIM FC

Bangga bak hang keeper kedah dpt tampan:))

penalti tu kira gamble tuan. Apapun... perjalanan masih jauh... BTW... bak pe tukor coach dekat ngn start liga. Tak lari tune ke.
 
so far aku tgk iport jdt semalam main boleh tahan...brian mmg mcm diz...botak je tak nampak sangat sumbangan dia...sapik rahim sampai ke amek penalti last skalui tu muker emo ajer..hahahah

Pengadil...paling terok utk malam tadi...hancur
 
so far aku tgk iport jdt semalam main boleh tahan...brian mmg mcm diz...botak je tak nampak sangat sumbangan dia...sapik rahim sampai ke amek penalti last skalui tu muker emo ajer..hahahah

Pengadil...paling terok utk malam tadi...hancur

Game pun hancur...byk maen kasar xde fairplay lgsg...

Sapik tu elok pi maen ragbilaa
 
Tahniah kedah. Terbukti pasukan kedah lebih baik dlm mengambil sepakan penalti :D
 
Kira ok lah. First half main dah cantik. Penyudah kurang. Aku tgk pun first half kedah pun dah mati kutu. Bila main kurang player first game plak tu terus ke laut. Bab Asasin pun x blh komen sgt sbb dia masuk dlm keadaan team yg dah berterabur
 
KAMI PERLU LEBIH BEKERJA KERAS UNTUK PERLAWANAN SETERUSNYA. HARI DEMI HARI. PERLAWANAN DEMI PERLAWANAN.

Hari ini adalah permulaan kitaran baru di JDT, sepertimana setiap permulaan baru sentiasa memerlukan masa, namun JDT tidak mempunyai banyak masa untuk membuat perubahan yang kami mahukan untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih baik kerana kami adalah juara dan para pemain telah ditanamkan dengan mentaliti juara. JDT sedang dipertingkatkan dari segi corak permainan, dengan elemen permainan JDT dalam kebanyakan masa memerlukan penyesuaian yang cepat antara saya dan pemain atau sebaliknya, keupayaan menyesuaikan diri antara pemain muda tempatan baru dan pemain senior serta keserasian antara pemain luar negara baru yang berkualiti.

Kami akan sampai ke arah itu tidak lama lagi, hari ini agak sedih buat kami kerana tidak dapat memenangi Piala Sumbangsih buat kali ketiga. Pasukan saya berjuang seperti harimau, bermain selama 50 minit dengan 10 pemain di atas padang menentang satu pasukan yang bagus. Kami berjaya menamatkan lebih 90 minit permainan dengan kesudahannya seri 1-1 dan mengutip satu mata untuk Liga Super. Malangnya penentuan melalui penalti kadang-kala tidak diduga dan kami tidak bernasib baik untuk memenanginya.

Kami akan bekerja keras siang dan malam untuk menjadikan Johor berbangga dengan JDT kerana ia telah lama terjadi dari dulu lagi. Hari demi hari. Permainan demi permainan.

Benjamin Mora, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim

16002950_763801460449822_2425325688227078536_n.jpg
 
jgn ckp game smlm bagus. kt home mcm tu ke main

kami nak atok
 
GAME REVIEW

LIGA SUPER MALAYSIA 2017 | JDT VS KEDAH


Pertembungan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin pada 20hb Januari 2017 dalam saingan pertama Liga Super Malaysia ini menjanjikan pertarungan yang sengit apabila Piala Sumbangsih menjadi taruhan kedua-dua pasukan. Dengan percaturan serba baru meletakkan barisan pemain-pemain baru musim ini serta Benjamin Mora selaku Ketua Jurulatih, skuad Harimau Selatan tampil garang dengan beberapa percubaan berbahaya dari rangkaian pemain barisan hadapan terutamanya Gonzalo Cabrera, import baru JDT. Mendominasi babak pertama, JDT yang diterajui oleh kapten pasukan, Safiq Rahim mendapat beberapa peluang sepakan penjuru dan juga sepakan percuma yang hampir mencetuskan jaringan gol.

Pasukan pelawat mula mengatur serangan pada minit ke-25 namun kekebalan benteng pertahanan yang dikawal rapi oleh Marcos Antonio dan Aidil Zafuan seringkali menggagalkan percubaan lawan. Gawang Farizal Marlias diuji melalui sepakan jarak jauh tetapi kecekapan beliau berjaya menepis bola tersebut yang hampir menerjah jaringan pada minit ke-30. JDT dihadiahkan sepakan penalti apabila Brian Ferreira dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-39. Sepakan penalti tersebut disempurnakan oleh Safiq Rahim sekaligus menjadi gol pertama perlawanan pada minit ke-40. Mora kemudiannya mengubah strategi dengan memasukkan pemain yang paling dinanti-nantikan, Jeronimo Barrales pada minit ke-42 bagi menggantikan Hazwan Bakri. Detik mencemaskan minit terakhir babak pertama apabila Kedah mendapat sepakan percuma namun sekali lagi Farizal berjaya menepis keluar lantas menggembirakan penyokong Harimau Selatan.

Babak kedua menyaksikan perubahan strategi apabila Mora memasukkan Azrif Nasrulhaq dan Fadhli Shas bagi menggantikan Azammuddin Akil dan Aidil Zafuan. Pasukan Kedah lebih menguasai permainan apabila tuan rumah terpaksa akur bermain dengan 10 orang pemain selepas S.Kunanlan dilayangkan kad merah pada minit akhir babak pertama. Sepakan percuma sekali lagi buat pasukan Kedah pada minit ke-56 namun tidak berjaya menembusi benteng pemain JDT. Gol penyamaan pasukan Kedah akhirnya hadir pada minit ke-63 melalui sepakan jarak jauh Baddrol Bakhtiar. Wisel penamat 90 minit ditiupkan oleh pengadil, Suhaimi Mat Hassan disaksikan seramai 24,157 penonton di Stadium Larkin dengan keputusan seri untuk perlawanan pertama JDT dalam Liga Super Malaysia.

Keputusan pemenang Piala Sumbangsih ditentukan melalui sepakan penalti dengan Kedah memenangi piala selepas kelima-lima gol berjaya dijaringkan oleh Farhan Roslan, Akram Mahinan, Ken Ilso Larsen, Baddrol Bakhtiar dan Liridon Krasniqi. JDT pula tidak berjaya mempertahankan kejuaraan apabila gol keempat gagal disempurnakan oleh Brian Ferreira meskipun Jeronimo Barrales, Marcos Antonio, Gonzalo Cabrera dan Safiq Rahim berjaya menjaringkan gol. Keputusan penentuan jaringan 5-4 telah menyaksikan Kedah berjaya membawa pulang Piala Sumbangsih 2017.

Layari http://johorsoutherntigers.com.my/charity-cup-2017-jdt-1-vs-1-kedah-pen-4-5/ untuk aksi-aksi menarik yang telah dirakamkan sepanjang perlawanan.


16105667_763788437117791_6696909044548412786_n.jpg
 
next felda kt home jgk

jgn mcm2 mora. ati panas ni
 
Semalam diorg main bola ke? Da macam kungfu aku tgk...siap ada flying kick tu...Patot ler pasukan bertandang kat sana semua naik takot. Bahana kalau cuba nak main bebetul.
 
Back
Top
Log in Register