BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CG's Kaki Camping

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,133
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
34,133
Reaction score
6,690
Points
486
Sape kaki camping dekat cg?
aku pun baru nak berjinak2 sbb sblm ni aku selalu hiking, hiking n camping ni mcm adik2 beradik yg lain bapak n mak je
skrg aku tgk, camping ni dah jadi trend pada kaum melayu, dan pada masa yg sama aku perasan, kaum cina ni sbnarnye suka camping
sbbnya kalau kawasan camping yg selesa, tapi mahal, ramai family cina datang camping

so untuk permulaan, aku sembang kencang dulu pasal perkakasan camping untuk camping santai

1669861354748.png

bende paling penting adalah khemah la, tapi bukan semata2 khemah ye,
sbnarnye khemah ni ade adik beradik lain yg perlu ade iaitu groundsheet dan flysheet
kalau korg camping hiking lain, khemah saja dah cukup sbb kurangkan beban, kalau santai sbnrnye wajib ade untuk keselesaan terutama malaysia ni yg cuaca panas hujan
flysheet jadi bumbung untuk elak hujan dan panas manakala groundsheet guna untuk elakkan khemah basah, terutama masa hujan

1669861519070.png

untuk geng diatas ni ade satu lagi yg penting, iaitu peg atau senang cita pemacak tali khemah
peg ni pun ade beberapa jenis ye mengikut kekerasan tanah
silap pegs, khemah terbang kene tiup angin, terutama kawasan pantai

1669862886718.png

pole juga diperlukan untuk menaikkan flysheet
lebih tinggi flysheet lebih selesa
xperlu membongkok bila berada dibawah flysheet
cumanya makin tinggi flysheet, makin senang terbang dan makin senang tempias air masuk kalau hujan


1669861644664.png

barang lain yg penting adalah peralatan memasak
stove, gas canister, dan camping cooking set
dah namanya berkhemah, mesti la tido at least semalam, so xkan nak bawak stove rumah, atau periuk belanga dari rumah
sebaiknya bawak peralatan memasak yg kecik
pinggan mangkuk sudu garpu elok pakai yg disposable je senang

1669862077440.png

Lampu dan torchlight jangan dilupa. dah bermalam kan, lampu mesti la kene ade
pastikan lampu cukup dan yg penting bateri pun kene cukup la kan
jadinya bawak la powerbank secukupnya, makin besar makin bagus
 
Last edited:
Barang2 lain yg boleh dibawa untuk memeriahkan camping anda

1669866852754.png

portable firepit
banyak tempat camping tidak membenarkan firepit atas tanah
sbbnya akan menyebabkan kerosakan ekosystem (rumput, akar)
so guna portable firepit lebih mudah dan api juga mudah marak sbb pengudaraan lebih baik

1669866982939.png

lampu hiasan led
lampu ni pun sbnarnye boleh naikkan suasana camping anda, tapi jgn la banyak sangat atau terang sangat
camping dengan suasana terlalu terang pun xseronok, kitorg panggil light pollution. xnampak bintang nnt
led pun ambik yg kuning bukan putih

1669867132123.png

wagon
untuk memudahkan kite mengangkat barang2 terutama kawsan parking dan campsite jauh
ambil tayar yg besar sedikit untuk memudahkan pergerakan di kawasan tanah

1669867247260.png

kerusi meja mudah alih
serius mmg nampak xpenting, tapi sbnarnye agak penting
lebih selesa memasak di meja berbanding di tanah, kerusi juga perlu
sakit belakang oo masak atas tanah

1669867366022.png

foldable bed atau airbed
mana2 pun boleh, penat seharian bercamping, tido sangat la penting
dah la belum tentu lena, jadi kalau dapat tido selesa walaupun sebentar sangat bermakna
aku dah rasa tido atas tanah berlapik groundsheet, sakit bang
 
Last edited:
Wah best camping ni, kena tgk pd type of camping,klo family camping kena bnyk bawa brg😅, kalau solo camping, ade hammock dgn flysheet pun jd😁
 
Masuk baca pengalaman orang je la
Tak minat berkhemah ni 😀
sama bang

tak pernah berminat khemah dari kecik :ROFLMAO:

bila time sekolah tu wajibkan program camping bapak liat nak pegi

tapi kalau asrama ok

cuma tu la org kata bila rajin camping ni survival mode tu lagi tinggi, lagi2 camping kt tempat2 mencabar
 
sama bang

tak pernah berminat khemah dari kecik :ROFLMAO:

bila time sekolah tu wajibkan program camping bapak liat nak pegi

Bab ni kita sama tuan 😀

tapi kalau asrama ok

cuma tu la org kata bila rajin camping ni survival mode tu lagi tinggi, lagi2 camping kt tempat2 mencabar

Setuju point ni
Masa sekolah dulu join pengakap
Memang diajar bab survival ni
Cuma bila tak minat tu jadi tak kisah sangat
 
camping ni best, dapat mengajar kita lebih berdikari.
 
Back
Top
Log in Register