mutanic
Super Active Member
- Messages
- 5,538
- Joined
- May 24, 2009
- Messages
- 5,538
- Reaction score
- 213
- Points
- 73
final race CEV Buckler Moto2 di Jerez dapat no.2...
Overall standing position no.3 :
www.youtube.com/watch?v=ZL8qtAGSgPY
Hafiq Azmi dapat no.4 :
Hafizh kekal momentum di Jerez
![]()
HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH (kanan) terus mengekalkan momentum ketika memenangi perlumbaan pusingan keenam Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) di Valencia, minggu lepas apabila berjaya mencatat masa kedua terpantas sesi kelayakan pertama Moto2 pada pusingan terakhir kejuaraan yang berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol, hari ini.
Pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu mencatat masa terpantas 1:45.163s untuk berada di belakang Alex Marinelarena (Targobank Motorsport) yang merakam masa terbaik 1:44.803s. Pendahulu keseluruhan, Roman Ramos (Team Stratos) mencatat masa ketiga terpantas, 1:45.675s.
Berpuas hati dengan prestasinya, Hafizh berkata, “Saya turun ke litar dengan perasaan tenang dan semuanya begitu berjalan dengan baik. Cuma keadaan cuaca yang tidak menentu mungkin memberikan kesukaran memandangkan kemungkinan perlumbaan akan berlangsung dalam keadaan kering dan juga basah, jadi pasukan saya perlu mendapatkan pelarasan yang sesuai untuk jentera Kalex saya.
“Mudah-mudahan saya dapat memperbaiki lagi catatan masa pada sesi kedua nanti agar dapat memulakan perlumbaan dari barisan depan,” jelas Hafizh.
Perlumbaan minggu ini cukup penting buat Hafizh apabila beliau masih berpeluang untuk menamatkan saingan di tangga kedua keseluruhan setelah hanya dibezakan dengan tujuh mata, berbanding Marinelarena yang berada di tangga kedua ketika ini dengan 142 mata manakala Hafizh ketiga, 135 mata. Ramos berada di tangga teratas dengan 162 mata.
- See more at: http://www.sports247.my/2013/11/hafizh-kekal-momentum-di-jerez/#sthash.CM0WJaAt.dpuf
Overall standing position no.3 :
www.youtube.com/watch?v=ZL8qtAGSgPY
Hafiq Azmi dapat no.4 :
