BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cermin mata Hitler dilelong

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
lu_04.1.jpg

Adolf Hitler memakai cermin mata semasa membaca dokumen. - AGENSI

BERLIN 5 Okt. - Cermin mata milik ketua Nazi, Adolf Hitler adalah antara barangan milik pemimpin diktator itu yang bakal dilelong dalam satu upacara lelongan besar-besaran hujung bulan ini.

Walaupun Hitler jarang dilihat memakainya kerana menganggap ia sebagai satu kelemahan dan boleh menjatuhkan martabatnya, cermin mata dengan bekas kulit hitam dan tertera nama pakar optik Berlin, Ruhnke itu dijangka akan dilelong pada harga permulaan 5,000 pound (RM24,660).

Antara barangan lain Hitler yang turut akan dilelong termasuklah bekas rokok perak yang akan ditawarkan dengan harga permulaan 9,500 pound (RM46,847).

Hitler bukanlah seorang perokok tetapi rokok disediakan untuk orang kenamaan yang datang ke Reich Chancellery di Berlin.

Koleksi paling menarik yang bakal dilelong pula adalah jam emas yang dihadiahkan kepada Hitler pada tahun 1929 dan ditemui pada mayatnya.

Lelongan ini dikendalikan oleh Hermann Historica Munich, antara firma lelongan paling berpengaruh di Jerman. - AGENSI
 
manusia skrg dah set barang2 hitler xde harga sbb beliau dikatakan jahat membunuh ribuan yahudi.

bro..u should see pawn star punye siri channel 555 History.
barang-barang mcm nie mmg ade org sanggup berhabis puluh-puluh ribu sanggup beli buat koleksi
 
bro..u should see pawn star punye siri channel 555 History.
barang-barang mcm nie mmg ade org sanggup berhabis puluh-puluh ribu sanggup beli buat koleksi

ade ke org nk bali barang peribadi hitler,kalau org tu beli mesti org tu kena kutuk sbb hitler jahat bunuh yahudi yg baik tu hahahahahaha
 
Back
Top
Log in Register