TokCu
Legendary Member

- Messages
- 11,155
- Joined
- Jul 25, 2011
- Messages
- 11,155
- Reaction score
- 542
- Points
- 161
Sewaktu pemerintahan Empayar Langkasuka di Tanah Melayu, di bahagian lain di Pulau Sumatera pula Islam telah tiba menunjukkan sinarnya. Empayar Langkasuka yang kemudiannya berada di bawah penguasaan Empayar Srwijaya, sebelum runtuh dan menjadi Empayar Chermin. Dari Palembang, lahirlah negeri Islam yang dinamakan Perlak di bawah pemerintahan kesultanan yang menjadi ketua agama serta ketua negara. Setelah Perlak (840 – 1292) muncul pula sebuah negeri Islam yang dinamakan Samudera Pasai (1267 - 1521) dan kemudiannya menjadi Aceh.
Kerajaan Perlak telah berkembang pesat pengaruhnya dengan membawa dakwah Islam ke beberapa bahagian di pantai barat semenanjung Tanah Melayu. Bermula di barat Johor sehinggalah ke Kedah.
Tersebut seorang pemerintah bernama Raja Mandalika yang menjalankan pemerintahan Islam di Palembang. Baginda Raja Mandalika bersama rombongan dari Palembang telah berdakwah sehinggalah ke pantai timur Semenanjung Tanah Melayu. Sewaktu tiba di sebuah penempatan di Kuala Brang, baginda mendapati telah terdapat pelarian perang dari Champa yang bermukim di sana semenjak puluhan atau ratusan dahulu lagi. Pelarian Champa berkenaan adalah bersaudara dengan sebahagian pelarian Champa yang melarikan diri akibat perang ke Palembang dan Aceh. Lalu baginda telah menukarkan kepercayaan Hindu kepada Islam terhadap kesemua pelarian Champa tersebut dengan mudahnya.
Setelah semua penduduk Kuala Brang menerima Islam, baginda Raja Mandalika telah mengisytiharkan tempat tersebut sebagai Benua Terqanun dan menjalankan pemerintahan Islam menurut al-Quran serta Sunnah Rasulullah SAW. Lama kelamaan Benua Terqanun menjadi maju ekoran aktiviti perdagangan dengan Palembang (termasuk Perlak dan Pasai) serta pedangan negeri China yang singgah mendapat bekalan. Ikatan persaudaraan antara Benua Terqanun dan Palembang semakin erat menerusi perkahwinan rakyat antara dua negeri tersebut. Selain itu terdapat ramai pelarian China Muslim dari Yunan mula tiba ke Benua Terqanun kerana penindasan yang berlaku setelah runtuhnya Dinasti Ming (1368 – 1644), dinasti Maharaja China yang beragama Islam. Penduduk Benua Terqanun semakin bertambah ramai sehinggalah banyak penempatan baru dibuka sehingga menjadi sebuah negeri yang lama kelamaan dikenali sebagai negeri Trengganu. Asalnya nama Trengganu ialah Terqanun yang bermula di Kuala Brang sebelum ianya menjadi sebuah negeri seperti yang dilihat pada hari ini.
Sementara itu negeri jiran di sebelah utara Benua Terqanun (Trengganu) pula ialah Negeri Chermin telah mula menerima agama Islam. Rajanya bernama Raja Sakranta (Raja Langkasuka, 1253 – 1267) telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Raja Zainuddin (setengah pendapat berkata Raja Aminuddin) telah meninggalkan tahta kepada anaknya Raja Sang Tawal (Raja Langkasuka 1267 – 1298). Raja Zainuddin telah mengikuti rombangan dakwah ke Palembang kerana ingin mendalami ilmu agama. Raja Bharubhasa (Raja Langkasuka, 1339 – 1362) pula telah memeluk Islam melalui mubaligh Arab yang tiba di negeri Chermin pada 1349. Baginda menggunakan nama Sultan Mahmud Syah. Semenjak itu negeri Chemin telah menerima agama Islam secara rasmi, iaitu kira-kira 50 tahun atau lebih selepas Benua Terqanun.
Semasa serangan Siam Ayuthia, terhadap negeri-negeri Melayu di utara dan timur semenanjung Tanah Melayu, Benua Terqanun tidak terlepas dari serangan tersebut. Setelah kerajaan Siam Ayuthia berjaya dilemahkan dan halau keluar pada tahun 1467 dari dari Tanah Melayu, Trengganu berada di bawah pemerintahan Sultan Qunbul, Sayyid Ali Nurul Alam (1360 – 1470) bersama-sama Kelantan dan Patani. Sultan Qunbul ialah Sultan Patani yang bukan dari dinasti Sriwijaya, tetapi golongan ulama serta panglima perang kerajaan Champa terdahulu. Perlantikan Sultan Qunbul adalah disebabkan tiada calon sesuai yang layak memerintah Chermin, setelah kemangkatan Sultan Iskandar Syah (Raja Chermin, 1429 – 1467). Maka Sultan Melaka (Sultan Mahmud Syah) telah mencalonkan Sultan Qunbul dan dipersetujui oleh pembesar-pembesar Chermin.
Semenjak itu, kesultanan Trengganu diperintah oleh keturunan raja-raja Chermin. Sehinggalah tampuk pemerintahan bertukar kepada dinasti baru, iaitu Sultan Syarif Muhammad telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu. Sultan Syarif Muhammad ialah putera Sunan Gunung Jati, Syarif Hidayatullah (1450 – 1568) yang juga dari keturunan Sultan Qunbul Patani.
Dinasti Sultan Syarif Muhammad memerintah Trengganu sehinggalah kepada beberapa generasi. Salah seorang anak cucu baginda ialah Syeikh Abdul Malik bin Syeikh Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Tokku Pulau Manis (1676 – 1736). Syeikh Abdul Malik lebih dikenali sebagai ulama berbanding sebagai Sultan Trengganu kerana keilmuannya tinggi dalam bidang agama. Kemasyhuran namanya dalam bidang agama melebihi tugasnya sebagai sultan. Syeikk Abdul Malik turut menabalkan beberapa orang raja lain di Trengganu bagi membantu tugasnya memelihara negeri. Turut ditabalkan ialah Tun Zainal Abidin sebagai Raja Kuala Trengganu (1708 – 1733). Tun Zainal Abidin ialah anak seorang pembesar di Johor telah merantau ke Trengganu serta menjadi anak angkat Raja Patani.
Syeikh Abdul Malik menghabiskan usianya dengan membuka pusat pengajian di Pulau Manis di Kuala Trengganu. Semenjak itu anak cucunya mengikuti jejak langkah menjadi pendakwah serta penasihat kepada pemerintah Trengganu. Sehinggalah banyak pendapat menyatakan bahawa suatu hari nanti terdapat dari kalangan anak cucu Tokku Pulau Manis akan bangkit memimpin kebangkitan Islam di Trengganu. Wallahu a’lam.
dicebok dari: tabutjawi.blogspot

Last edited: