Kalau kamu perasan, pendekatan CG ialah hanya thread starter boleh letak referral link kat dlm post kerana apa? Sebab kita mahu membincangkan mengenai program tersebut, dan bukannya menarik downline/iklan.
Berkenaan dengan bukti payment, wa rasa itu terpulang pada mana-mana individu. Almaklum, kadang-kadang ada site baru satu hari launch. Ada members kita suka cuba hit and run (wa sekarang tak sokong hit and run, tapi tak bermakna wa tak suka, orang lain pun kena tak suka juga) program seperti ini. Jadinya, tak ada payment lagi pun mereka advertise.
Adalah menjadi tanggungjawab investor sendiri, utk melabur di program yang mereka mahu sertai. Nombor e-Gold dan password di tangan, ada akal dan fikiran, jangan terburu membuat keputusan.