BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cerita Terbaru Sufiah Yusof

azraneus

Active+ Member
Messages
3,371
Joined
Aug 10, 2006
Messages
3,371
Reaction score
252
Points
46
Salam semua, ini adalah berita gembira terbaru daripada Sufiah yusof aka Genius matematik. Sufiah kini bukan pelacur lagi! Alhamdulillah, ini mungkin disebabkan doa semua rakyat Malaysia.

Berita selanjutnya;

KUALA LUMPUR: Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran.

Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro, semalam.

Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata, pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.

“Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu.

“Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada,” katanya.

Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.

Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup.
 
lawa orgnye ni..
malu mak dia..
anak 1 dunia tau jadik pelacur...
 
kalau dia dah taubat, jgn sebut lagi salah dia.
 
Alhamdulillah semoga ianya menjadi tauladan buat kita semua
 
elok laaa dah kembali kepangkal jln...semoga berjaya
 
alhamdulillah....mula kembali ke jalan yang benar
 
Back
Top
Log in Register