CERITA PENDEK: Pensyarah kuliah dan pelajar mat rempit

CG Sponsors




LLM

Freshie
Joined
Nov 9, 2007
Messages
30
Reaction score
0
Points
6
Darsuki melihat jam tangannya. Sudah pukul sebelas pagi. 'Mana Bidin ni?' getus hati kecilnya.

'Baiklah mari kita sambung topik kita pada minggu lalu' ujar Darsuki kepada pelajarnya yang seramai 50 orang di dewan kuliah yang besar itu dan terus memulakan sesi pengajian kelas sosiologi.

Selang beberapa jam kemudian, Bidin bergegas masuk ke dewan kuliah. Mata Darsuki menyala kemerahan umpama puaka hutan melihat Bidin, juara mat rempit Jalan Tuanku Abdul Rahman, dengan selambanya duduk di barisan belakang.

'Bidin, awalnya kamu datang ke kuliah saya' kata Darsuki dengan penuh sinis.

Bidin cuma tersengih sengih seperti seekor kucing kurap tercekik tulang tikus. 'Maaf Encik Darsuki. Saya ada hal malam tadi'

Darsuki semakin berang. 'Ada hal. Ada hal. Ada hal. Tiap tiap malam awak ada hal. Awak ingat saya tak tahu apa aktiviti ko-kurikulum awak pada waktu malam? MEREMPIT!! Lepas menang lumba motorsikal, awak meratah minah rempit! Apa nak jadi dengan awak ni hah? Kalau macam tu tak payah belajar. Biar awak merempit sepuas-puasnya. Sampai kemalangan atau pun terkena HIV!'

Semua pelajar di dewan kuliah menikus melihat Darsuki yang sudah naik minyak umpama dirasuk jembalang tanah.

Bidin cuma mencebikkan bibirnya yang berkulat. Nafsu amarah Darsuki semakin menggelojak.

'Awak cuba mencabar saya, Bidin. Baiklah..' ujar Darsuki.

'Kamu semua sila buat tugasan pada mukasurat 304. Termasuk awak, Bidin! Saya nak keluar sekejap' Darsuki kemudian pergi ke tempat letak motorsikal.

Apabila melihat motorsikal Suzuki kesayangan Bidin, dia tanpa berfikir panjang terus membuka tangki petrol dan melontarkan mancis yang menyala kedalam tangki tersebut. Api marak menyala menjilat motorsikal kesayangan Bidin. Darsuki tersenyum kepuasan melihat kenderaan rempit itu hangus.

Kemudian dia bergegas balik ke dewan kuliah. Dan membawa sebiji tayar yang tanggal dari motorsikal itu.Dengan muka yang selamba, Darsuki menghempaskan tayar hangus itu di atas meja Bidin.

'Nah malam ini awak boleh merempit dengan motorsikal hangus awak. Jangan datang kelas saya lagi kalau awak terlalu gian untuk merempit sahaja'

Bidin terkejut. 'Tidaakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!Awwwwooooooooooooooooohhuuuuuuuu. Motor aku ranap'

Darsuki ketawa semahu-mahunya umpama pontianak laparkan darah 'Hahahahhahaha.Padan muka kau Bidin'

Pelajar di dalam dewan kuliah menikus. Menikus semahu-mahunya

Darsuki tersenyum kepuasan. Kelazatan sehingga menjilat jari.

TAMAT
 
Sponsored Post

amir_dais

Active Member
Joined
Feb 12, 2009
Messages
1,473
Reaction score
19
Points
25
ni apahal ni..ko knape ni TT..ok ke x???
 

P_M_L

Active Member
Joined
Apr 8, 2009
Messages
2,458
Reaction score
42
Points
40
adeh.. tang mana yang lawaknye TT?~X(
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
baca ulangkali pun x lawak..ada sambungan ke??
 

BlackCarnival

Active Member
Joined
Sep 16, 2009
Messages
1,916
Reaction score
3
Points
25
er...cmne eh..kalu kisah benar, bole wat senyum gak..or..ada smbungan lg ni TT?
 

airden

Active Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
1,183
Reaction score
2
Points
25
mcm tergantung je...ape kesudahan...bakar la keta dasuki ke...bla bla bla...
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,185
Reaction score
1,041
Points
1,101
ni lawak ke cerpen TT..:eek::eek::eek::eek::eek::eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register