CERITA PENDEK: Anak Kucing Bangsat

CG Sponsors




LLM

Freshie
Joined
Nov 9, 2007
Messages
30
Reaction score
0
Points
6
Maliki terkedu seribu bahasa. Duduk terjelepuk di bawah jambatan Stesen LRT Masjid Jamek..

Sudah berbulan-bulan dia sakit kepala. Sakit memikirkan perkara yang bermacam-macam. Dia menganggur. Poket semakin tenat paras koma.

" Ahhhhhh!!!Persetankan semuanya itu!"

Dia begegas menuju ke arah restoran mamak dan membeli sekeping roti canai sebelum kembali ke tempat pertapaannya yang penuh mistik dan keramat, di bawah jambatan itu.

Pemandangan Sungai Kelang yang begitu menarik dengan warna air umpama teh tarik segar menusuk ulu hatinya yang kian hari kian remuk...Fikirannya melayang ke zaman silam..zaman Maliki berada di IPTA luar negara. Zaman kegemilangan empayar akademiknya..

Perutnya berkeroncong. Nafsu amarah Maliki menggelojak. "Celaka laknat haram jadah ******* punya perut!! Mengacau saat nostalgiaku!"

Dia pun bersedia untuk memamah roti canai yang dibelinya. Wah..sedap sekali. Di luar dugaannya seekor anak kucing yang berada di situ menerkam makanannya dan melompat sambil mengiau kegembiraan. Ia sudah mendapat makanan!

Mata dan pipi Maliki bertukar merah padam. "BANGSAT!!!!ANAK KUCING BANGSAT!! Aku bunuh kau!" Dia mencengkam leher anak kucing comel itu dan mula mencekik dengan penuh semangat 'Malaysia Boleh'.

Air mata Maliki berlinangan mengenangkan kehilangan makanan tengaharinya. Semua angkara anak kucing bangsat! Bangsat membangsatkan haiwan hina ini menjahanamkan hari Maliki yang kebetulan itu kebangsatan poket. "Wooooo..aku sembelih kau" dan Maliki semakin menggila, mencekik anak kucing itu.

Orang ramai perasan akan Maliki tapi buat tak tau. Entah entah dia ni mat fit kot, walaupun Maliki tidak pernah menagih dadah. Dia cuma mengalami tekanan perasaan kronik.

Pada masa yang sama, Ai Ling dan Felicia sedang beratur di kaunter tiket stesen LRT itu. Kedua-dua gadis Singapura itu sedang menyemak di Kuala Lumpur selama seminggu kerana sudah bosan gila memerap di dalam pulau yang cuma sekangkang kera itu.

Mereka terdengar lolongan Maliki umpama jembalang tanah mencari korban.

"Hey, that voice sounds familiar. Don't you think so?" ujar Ai Ling.

"Yeah, should we check it out?" jawab Felicia.

"Let's be careful though, it might be a drug junkie on a rampage" Ai Ling menyatakan kebimbangannya.

Mereka berdua dengan berhati-hati menuju ke arah tempat pertapaan Maliki yang penuh keramat yang sudah dilaknatkan oleh seekor anak kucing bangsat.

Mereka terkejut melihat Maliki yang sedang cuba membunuh anak kucing itu. Lagi terkejut melihat wajah Maliki, Maliki bekas rakan sekelas mereka di IPTA luar negara itu. Maliki yang telah berjaya mendapat kepujian kelas pertama. Maliki yang sepatutnya bejaya di dalam hidup. Maliki yang sekarang kelihatan seperti kapal hilang pedoman.

"Stop!!!Please stop it!!!" Mereka meluru kearah Maliki dan menarik anak kucing dari
cengkaman mautnya.

Maliki tersentak. Matanya yang masih berpinar belum lagi mengecam muka Ai Ling dan Felicia. Dia dengan spontan menjerkah "Woiii!!!Apa korang peduli! Bagi balik kucing laknat tu kat aku dan blah dari sebelum aku mengganas!!" tanpa menyedari bahawa kedua-dua gadis Singapura itu tak mengerti sepatah haram pun bahasa Melayu. Mereka terpinga-pinga mendengar jerkahan Maliki.

Felicia menghampiri Maliki. " Please Maliki, it's us. Me and Ai Ling. your old classmates back in Brisbane. Why have you become li..ke this?? What happened? We haven't heard from you since we all left Australia!" Air mata Ai Ling pula berlinangan melihat keadaan sahabat lama/merangkap adik angkat kesayangannya.

Maliki dengan tiba-tiba seperti tersedar. Mukanya menjadi merah padam. Kali ini akibat malu dengan kawan-kawannya yang melihat dia berkelakuan seperti dukun hitam yang naik syeh. "Leave me be. I have nothing to say to you all" dan terus duduk kembali di bawah jambatan stesen LRT Masjid Jamek itu setelah mengujarkan perkataan itu

" No!! We won't. You're our friend. Please talk to us. We want to help. Please, we want to help. It hurt us deeply to see you like this.."Felicia dan Ai Ling merayu kepada Maliki dengan air mata berlinangan.

Hati Maliki yang penuh kemarahan mencair melihat kedua-dua kawannya menangis..Dia membiarkan mereka berdua menarik lengannya dan membawanya beredar dari tempat pertapaannya yang keramat itu..

EPILOG

Felicia dan Ai Ling berjaya memujuk Maliki untuk menceritakan masalah tekanan jiwanya dan membawanya berubat dengan pakar psikiatri. Sehingga ke hari ini mereka mempunyai tali persahabatan yang akrab.

Anak kucing bangsat itu akhir mati di tangan sekumpulan pendatang tanpa izin. Menjadi sup anak kucing.

Memang tidak bebaloi jugak usaha Felicia dan Ai Ling menyelamatkan nyawa anak kucing itu dari menjadi korban api kemarahan Maliki. Tetapi mereka berjaya menolong Maliki, sahabat mereka yang tersayang, yang mengalami tekanan perasaan yang kronik...

TAMAT
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,400
Reaction score
21,051
Points
1,671
satu lagi from TT..anyway adela gak bahan yg nak dibaca
 

shafig

Freshie
Joined
Dec 15, 2007
Messages
24
Reaction score
0
Points
3
ni sumer patot kne banned nie...x lawak langsung....
 

z3t_ex

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
ni sumer patot kne banned nie...x lawak langsung....
aduh ganas nyer smpai nk banned
:)):))

rilek r,maybe salah port jerk nie..
cerpen pendek yg menarik
:)paid
 

ah fan

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2009
Messages
8,148
Reaction score
28
Points
70
cerita mcm ni bagus masuk majalah tahunan sekolah menengah kebangsaan jalan kubur je..
 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,071
Reaction score
70
Points
80
,..tgk gaya penceritaan...

...nampak gaya org yg menulis cerita ini mungkin dalam darjah enam..

..ataupun tingkatan 3-5....
 

virtualbiz

Active+ Member
Joined
Feb 20, 2008
Messages
4,899
Reaction score
177
Points
33
part mana patut aku kena gelak ni? :-?
 

nazrie

Junior Member
Joined
May 1, 2008
Messages
73
Reaction score
0
Points
6
ini utk ceta budak sekolah rendah..x lawak langsung
 
Sponsored Post
Top
Log in Register