BTC USD 82,355.5 Gold USD 4,170.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cerita Para Wali2 Allah.

erkkk sudah geharu bertanya pula,sudah cendana buat tak tahu pulak.....buleh camtu kar???
nanti kita sama2 cari citer pasal wali songo niee...aku ada gambar jer wali2 songo nieee....

boleh le upload kat sini gambar2 tu.......:D
 
AS SAYID HABIB NUH : Peranannya Tersembunyi

Di Singapura, nama As Sayid Habib Nuh sudah tidak asing lagi. Beliau berketurunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Maqamnya yang terletak yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer, sering dikunjungi pelawat terutama pada hari-hari cuti.

Pengunjung makam itu bukan sahaja daripada kalangan orang Islam Singapura dan Malaysia tetapi ramai juga dari negara2 Asia yang lain. Ini menunjukkan bahawa Habib Nuh lebih mashur selepas kematiannya berbanding semasa hayatnya.

Sebagai seorang wali Allah, pelbagai cerita pelik dan luar biasa berlaku kepada dirinya dan cerita2 itu belum ditulis dalam bentuk buku atau manakib. Tulisan ini memaparkan sebahagian daripada keistimewaan, karamah dan kejadian2 aneh yang berlaku ke atasnya yang mengambarkan beliau sebagai orang kerohanian yang mempunyai peranan tersendiri dan tersembunyi.

Hadiri Sidang Wali-wali

Orang hanya mengenali Sayid Habib Nuh sebagai wali Allah yang mempunyai pelbagai karamah tetapi tidak ramai yang dapat menyelami peranannya sebagai orang kerohanian yang hampir dirinya dengan Allah SWT. Kerana peranan sebagai rijalullah atau rijalulghaib ini amat simbolik dan sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir sedangkan tugas mereka juga besar.

Barangkali tugas yang tersembunyi inilah yang diberikan kepada orang2 seperti Nabi Khidir a.s. pada zaman Nabi Musa a.s., Abu Huzaifah r.a. pada zaman Saidina Umar Al Khattab r.a. dan Uwais Al Qarni pada zaman sahabat dan tabi’in.

Nabi Khidir a.s. umpamanya, seorang yang tinggi kerohanian dan kasyaf sehingga nabi Musa a.s. berguru dengannya dalam bidang kerohanian. Dengan kata lain, dalam soal menyingkap rahsia alam ghaib, Nabi Khidir a.s. melebihi Nabi Musa a.s. walaupun makam Nabi Musa lebih tinggi kerana selain terkenal di kalangan bani Israel, Nabi Musa a.s. seorang rasul bertaraf ulul azmi. Banyak riwayat mengatakan Nabi Khidir a.s. masih hidup dan masih berperanan [di alam kerohanian].

Abu Huzaifah r.a. pula dikurniai keistimewaan kasyaf ; boleh mengenali orang2 munafik. Malah Saidina Umar Al Khattab r.a. sewaktu menjadi khalifah sentiasa mendapat panduan daripada Abu Huzaifah untuk mengenal pasti orang2 munafik khususnya dalam menentukan seseorang yang meninggal dunia itu Mukmin atau munafik. Walhal Saidina Umar terkenal sebagai sahabat yang lebih kanan dan dijamin masuk Syurga. Jelaslah Allah SWT membuka tirai hijab bagi Abu Huzaifah yang melihat perkara2 yang orang lain tidak dapat melihatnya.

Demikian juga dengan Uwais Al Qarni yang “tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di langit”. Beliau adalah seafdhal2 tabi’in. Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Saidina Umar dan Saidina Ali supaya menemui Uwais dan “mintalah doanya”. Sedangkan Saidina Umar dan Saidina Ali terkenal dengan ketakwaan dan tinggi kerohanian.

Maka kedua2nya Saidina Umar dan Saidina Ali dari tahun ke tahun sibuk di musim Haji bertanya khabar kepada setiap khafilah yang datang dari Yaman kalau2 terdapat seorang yang bernama Uwais Al Qarni seperti yang sudah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu. akhirnya bertemu juga.

Uwais Al Qarni rupa2nya hanya seorang khadam pengembala kambing bagi khafilah dari Yaman yang disertainya. Dia tidak dipedulikan dan disangka seorang yang tidak begitu siuman. Tetapi matanya kebiru2an dan kepalanya sentiasa dihanggukkan kerana berzikir. Apabila diminta berdoa untuk mereka, Uwais Al Qarni menjawab : “Aku tidak akan mendoakan kamu berdua tetapi aku berdoa untuk kesejahteraan semua manusia.” Nyatalah doa orang seperti Uwais Al Qarni sangat makbul dan ianya diperlukan oleh dunia.

Berdasarkan ciri2 istimewa yang ada pada Nabi Khidir a.s., Abu Huzaifah r.a. dan Uwais Al Qarni r.h. maka ciri2 yang sama juga ada pada As Sayid Habib Nuh. Ini diakui oleh Syed Omar bin Abd. Kadir Al Idrus, seorang ulama, cucu Tukku Paloh, sewaktu ditemui beberapa tahun lalu.

Pada masa hidupnya, Habib Nuh tidak dipedulikan malah dikatakan gila, tidak gemar bergaul dengan manusia. Cuma beliau dikenali sebagai seorang yang sangat menyayangi kanak2 kerana kanak2 tidak berdosa dan dijamin Syurga.

Dan Habib Nuh tidak meninggalkan apa2 jasa berbentuk lahir seperti sekolah, kitab2 atau masjid yang beliau bangunkan. Tidak ada. Anehnya, setelah meninggal dunia, beliau sangat mashur.

Mengenai keistimewaan dan ketinggian kedudukan Habib Nuh, Pakcik Muhammad Abu Bakar, 102 tahun, khadam kepada Syeikh Haji Said Al Linggi r.h. menceritakan satu peristiwa yang berlaku ke atas gurunya yang ada kaitan dengan As Sayid Habib Nuh:

Pada satu hari seperti biasa Syeikh Muhammad Said masuk ke bilik suluk khas selepas sembahyang jemaah Asar. Seperti biasa juga, Pakcik Muhammad menunggu di luar bilik kalau2 beliau dipanggil masuk oleh gurunya untuk satu2 hajat. Tetapi pada petang itu beliau tidak dipanggil, dan gurunya keluar dari bilik suluk itu apabila hampir masuk waktu Maghrib dan terus sembahyang jemaah Maghrib bersama anak2 muridnya.

Malam itu Syeikh Said tidak mengajar. Selesai sembahyang sunat, beliau bercakap dengan Pakcik Muhammad secara empat mata.

“Engkau tahu aku pergi ke mana tadi?” kata Syeikh Said.

“Saya tidak tahu,” jawab Pakcik Muhammad dengan beradab.

“Aku pergi bersidang di Bukit Qhauf. Aku dan Habib Nuh sahaja yang mewakili umat sebelah sini. Rasulullah SAW juga hadir, dan engkau jangan cerita berita ini kepada sesiapa sebelum aku mati.”

Pakcik Muhammad Abu Bakar menyimpan amanat ini sehingga beliau memberitahu penulis sewaktu di temui di rumahnya di Seremban pada tahun 1991. Syeikh Said Linggi meninggal dunia pada tahun 1926. Menurut Pakcik Muhammad, Bukit Qhauf itu duduknya di luar daripada alam Syahadah. Wallahua’lam.

“Walaupun persidangan itu dihadiri oleh Rasulullah SAW tetapi ia dipengerusikan oleh orang lain, tak tahulah siapa orang istimewa itu,” tambah Pakcik Muhammad. “Bila ditanya siapa orang yang mempengerusikan majlis itu, Syeikh Said tidak memberitahu.”

Syeikh Said jua memberitahu bahawa majlis yang dihadiri oleh beliau dan Habib Nuh ialah persidangan wali2 yang membincangkan antara lain tentang satu wabak yang akan turun, yakni wabak cacar. Dan para wali yang bersidang itu mohon bala itu supaya tidak turun. Alhamdulillah, makbul. Tetapi menurut Pakcik Muhammad, “tempiasnya” masih mengenai orang ramai sehingga ramai yang mati terutamanya orang2 kafir. [Wabak cacar pada masa itu merupakan penyakit yang sangat bahaya dan belum ditemui ubatnya].

“Saya tiga hari pengsan dan bahu saya masih berparut diserang wabak cacar itu. itupun Syeikh Said yang mengubatnya,” kata Pakcik Muhammad sambil menunjuk parut cacar di atas bahunya.

Cerita ini mengambarkan peranan tersembunyi As Sayid Habib Nuh sebagai “pencatur dunia” yang mana kenyataan ini sukar diterima oleh mereka yang hanya menggunakan akal menilai sesuatu kebenaran.

Menunduk Gabenor Yang Angkuh

As Sayid Habib Nuh dikurniai Allah berbagai2 karamah sebagai tanda kemuliaan pada dirinya. Pelbagai cerita mengenai kewalian dan karamah beliau dibawa dari mulut ke mulut sehinggalah kepada Sayid Hassan Al Khattib, penjaga makam Habib Nuh r.h. Di antaranya adalah seperti berikut :

colonial-horse-cart.jpg

As Sayid Habib Nuh bersikap tidak menghormati orang2 yang angkuh dengan kekayaan atau jawatan duniawi. Begitulah, walaupun orang menghormatinya atau takut kepada Crawford, Gabenor Singapura ketika itu tetapi Habib Nuh tidak takut kepada wakil penjajah itu.

Dalam satu peristiwa, Gabenor Crawford marah dan menghina Habib Nuh kerana beliau tidak menghormatinya. Tiba2 sahaja kereta kuda yang dinaiki Gabenor itu terlekat di bumi dan tidak dapat bergerak. Gabenor naik marah an bertanyakan hal itu kepada pengiringnya. Tetapi pengiring itu bertanya kepada tuan gabenornya, “Tahukah tuan siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?”

Gabenor menjawab, “Itu orang gila.”

“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah kepada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya.

Gabenor menjadi takut dan akhirnya meminta maaf dengan Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk2 kaki kuda itu, barulah kuda itu berjalan pantas seperti biasa. Sejak itu Gabenor sedar betapa As Sayid Habib Nuh mempunyai kelebihan luar biasa.

Bagaimanapun, pada satu ketika Gabenor terus bersikap bongkak dan sombong dan memerintahkan orang2nya menangkap Habib Nuh dan mengurung di dalam penjara dengan kaki dan tangannya dirantai. Tindakan keras ini diambil kerana As Sayid Habib Nuh tetap enggan menghormati wakil penjajah yang beragama Kristian itu. Anehnya, para pengawal penjara kemudian melihat Habib Nuh di luar penjara. Tangan dan kakinya tidak dirantai. Walaupun ditangkap semula, dia tetap dapat keluar dan kelihatan seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku padanya akhirnya beliau dibebaskan sepenuhnya.




Sumber Buku : Tujuh Wali Melayu
 
Sambungan

Dalam satu peristiwa lain, ketika sebuah kapal hendak berlayar, muncul Habib Nuh di perlabuhan. Habib Nuh menahan barang2 yang berharga daripada dibawa bersama dalam pelayaran itu. Orang2 yang terlibat tidak senang dengan sikap beliau itu tetapi beliau tetap bertegas;

“Tidak boleh barang2 yang berharga itu dibawa.”

Setelah lama berbalah, akhirnya orang ramai terpaksa akur dengan kemahuan Habib Nuh itu dan pemilik barang2 tersebut tidak jadi mengirim barangnya dengan kapal itu.

Beberapa hari kemudian, penduduk Singapura mendapat berita bahawa kapal yang berlayar itu terbakar dan tenggelam di tengah lautan. Barulah tuan punya barang2 tersebut sedar hikmah disebalik larangan Habib Nuh itu. Beliau bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT.

Seorang lelaki yang hendak belayar menemui Habib Nuh meminta beliau mendoakan agar pelayarannya selamat. Alhamdulillah, lelaki itu selamat dalam pelayarannya. Dan anehnya apabila sampai di tempat yang dituju dan sebaik sahaja turun dari kapal, didapatinya As Sayid Habib Nuh sedang menunggunya. Orang itu terperanjat, bagaimana Sayid Habib Nuh boleh berada di situ dan dengan apa dia datang.

Dalam satu peristiwa lain, seorang yang berniat dalam hatinya ketika hendak belayar, sekiranya dia selamat pergi dan balik dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Setelah sepuluh tahun berlalu, dia pun pulang dari pelayaran itu. Habib Nuh pergi menemuinya dan menuntut kain seperti yang diniatkannya itu. Orang itu terperanjat kerana dia tidak pernah menyatakan niatnya itu kepada sesiapa dan dia sendiri sudah lupa dengan niatnya itu kerana terlalu lama, tetapi Habib Nuh datang mengingatkannya akan niat baiknya itu.

Menurut orang2 yang hidup sezaman dengan Habib Nuh, mereka pernah bertemu atau berada dengannya dibeberapa tempat dalam satu masa yang sama. Kejadian seperti ini tidak pelik bagi wali2 Allah.

Antara sifat yang menonjol pada diri As Sayid Habib Nuh ialah beliau sangat menyayangi kanak2 . Sering orang bertemu Habib Nuh dikelilingi oleh kanak2. Ini sesuatu yang ganjil. Kadang2 beliau singgah di kedai2 bersama kumpulan kanak2 dan kanak2 itu mengambil seberapa banyak makanan yang ada tanpa membayar apa2.

Anehnya, tuan2 kedai tidak melarang perbuatan itu. kerana mereka yakin kedai mereka akan beroleh berkat jika dikunjungi Habib Nuh bersama kumpulan kanak2 itu. ini terbukti, mana2 kedai orang Islam yang didatangi oleh Habib Nuh bersama kanak2 itu, kemudiannya menjadi maju dan tidak putus2 dikunjungi pelanggan.

Sayid Habib Nuh sayang kepada kanak2 kerana mereka adalah ahlul Jannah [ahli Syurga]. Kelakuan Sayid Habib Nuh itu agak ganjil bagi seorang yang sudah tua. Memang itu merupakan di antara keganjilan Habib Nuh, seorang yang mempunyai keistimewaan yang terlindung.

Wasiat Supaya Dikebumikan Atas Bukit

Sebelum meninggal dunia, Sayid Habib Nuh berwasiat supaya jenazahnya dikebumikan di sebuah bukit kecil di jalan Palmer. Wasiat itu agak ganjil. Bukan sahaja tempat yang dimaksudkan itu agak terasing daripada kubur orang2 lain tetapi bukit tersebut juga terlalu hampir dengan laut dan sering terdedah kepada pukulan ombak.

Tidak lama kemudian, iaitu pada 14 Rabiulawal 1283 H, As Sayid Habib Nuh kembali ke rahmatullah. Urusan pengebumian terus dijalankan. Memandangkan bukit di Jalan Palmer dari masa ke semasa dihakis oleh air maka keluarga Habib Nuh berbincang semula dan akhirnya memutuskan untuk mengebumikan jenazah beliau di tempat lain.

Setelah selesai dimandikan, dikapan dan disembahyangkan, orang ramai pun hendak mengangkat jenazahnya untuk dibawa ke kubur, tetapi entah mengapa keranda yang berisi jenazah yang mulia itu tidak terangkat. Walaupun dicuba oleh puluhan orang namun tidak juga terangkat. Semua hadirin menjadi hairan dan heboh.

Datang seorang yang berilmu mengingatkan tentang wajibnya menunaikan wasiat. Dia menasihatkan ahli keluarga Habib Nuh mengkebumikan saja jenazahnya di tempat yang diwasiatkan itu. tentang apa saja yang akan berlaku ke atas bukit itu, serah saja kepada Allah SWT. Mungkin melalui pandangan kasyafnya, Sayid Habib Nuh nampak bukit itu akan tetap terpelihara keadaannya sampai bila2.

Ahli keluarga dan hadirin akur dengan nasihat tersebut. Selepas itu keranda Sayid Habib Nuh dapat diangkat dengan mudah untuk dikebumikan di tempatnya sekarang [bukit kecil di jalan Palmer].

Diceritakan juga, keranda itu terpaksa dibawa melalui satu lorong kecil di kiri kanan dan di atasnya penuh dengan pokok buluh Cina. Semasa melalui lorong itu, keranda tersebut merempuh sarang tebuan sehingga sarang itu pecah. Tetapi tebuan2 itu tidak sedikit pun mengganggu orang ramai yang mengiringi jenazah itu.

Beberapa tahun selepas jenazah Habib Nuh dikebumikaniaitu pada tahun 1890, seorang hartawan bernama Sayid Muhammad bin Ahmad Al Sagof membuat binaan di atas makam Habib Nuh itu. beberapa tahun lalu makam itu dibaik pulih kerana binaan lama sudah hampir roboh.

Pada tahun 1962, kerajaan Singapura menambak laut di sekitar makam itu sehingga menjadi dataran, dan di situ didirikan bangunan2. Keadaan tempat itu sekarang jauh berbeza dengan apa yang digambarkan akan berlaku sebelum adanya makam Habib Nuh di situ. Dengan itu makam Sayid Habib Nuh terus selamat. Beberapa tahun lalu, urusan penjagaan makam ini diambil alih oleh Majlis Ugama Islam Singapura.

Dan seperti biasa makam Habib Nuh itu sering diziarahi oleh orang ramai termasuk orang2 Arab dari Hadralmaut dan negara2 Arab lain serta umat Islam di sekitar Asia untuk mendapat keberkatan daripada kewaliannya. Juga sebagai memenuhi seruan Rasulullah SAW supaya menziarahi kubur agar dapat mengingati mati [zikrul maut].

Sumber Buku : Tujuh Wali Melayu
 
sedapnyer membaca kisah nie,
tambah2 lg tuan2.
 
sedapnyer membaca kisah nie,
tambah2 lg tuan2.

huhhu...nanti aku carikan lagik kat internet kalau dah ada yg siap dah taip....kalau tak masak aku nak type nieee....
Buku pasal 7 wali melayu niee dah susah nak jumpa kat pasaran...tapi tak tahu lah kalau masih ada yg terjual lagi...
 
2 tahun lepas,aku ada kerja kat singapore...alang2 kat sana...aku pun ambik peluang pi ke makam habib nuh.driver taxi cina pun tahu makam tu...katanye you mau pegi ke makam keramat ke?.sampai sana aku mintak izin dgn penjaga makam utk duduk sebelah makam....nak baca yasin.masa baca yasin tu.....aku tengok ramai org datang ke makam tapi kebanyakkannye utk urusan dunia....mintak berkat.ada yg bawak air dlm botol,pisang....keliling makam penuh dgn air dlm botol..
 
2 tahun lepas,aku ada kerja kat singapore...alang2 kat sana...aku pun ambik peluang pi ke makam habib nuh.driver taxi cina pun tahu makam tu...katanye you mau pegi ke makam keramat ke?.sampai sana aku mintak izin dgn penjaga makam utk duduk sebelah makam....nak baca yasin.masa baca yasin tu.....aku tengok ramai org datang ke makam tapi kebanyakkannye utk urusan dunia....mintak berkat.ada yg bawak air dlm botol,pisang....keliling makam penuh dgn air dlm botol..

kan or suka mintak bab2 dunia nieee:(scam :(scam :(scam
tak pasal kubur2 wali jadi tempat khurafat...:( :( :(
 
biase le org ni......masa hidup wali tu di katanye gila,bila dah mati barulah sibuk nak mintak berkat........yg betulnya... masa hidup le kita pakat ambik ilmu,berguru dgnnya.sbb itulah allah merahsiakan para2 walinya drp di ketahui org ramai......kalu tak,tak senang duduk mereka melayan kerenah org ramai yg 90% adalah utk benda keduniaan.
 
peristiwa ini terjadi di malaysia.dulu ada seorg wali allah mcm apek cina,dia singgah di satu masjid yg berhadapan dgn satu sungai.lalu dia duduk di tangga masjid tu...mungkin nak hilangkan penat berjalan.lalu dtg tok siak masjid tu menghalau apek cina ni(wali allah)....mungkin ingatnye apek ni bukan islam...apek ni pun berlalu pergi tanpa byk cakap....tapi beberapa minit kemudian,dilihatnye apek tu duduk balik ditempat yg sama.tok siak tu nak angin lalu di ambilnye penyapu nak di pukulnye apek tu sambil menghalau nye pergi.....apek tu cuma memandangnye dgn penuh simpati lalu berjalan pergi.tok siak tu masih menunggu di pintu masjid sambil melihat apek tu berlalu.....mana tau kang apek tu patah balik.tapi yang peliknye..dia lihat apek tu berjalan terus aje atas sungai tu...pada masa yg sama dia dapat menghidu bau yg harum yg di tinggalkan oleh apek tu.balasan di atas sifat kurang ajar tu,selang beberapa hari,tok siak tu dapat sakit.jumpa doktor,dukun,pawang dan mcm2 lagi.....suma kata tak de penyakit.cuma tok siak tu lupa nak mintak ampun dgn allah...atas kesalahannye.penyakit tu melarat sampai ke akhir hayatnye.harta pun habis buat berubat penyakit.

nasihat saya:kalu ada sapa2 yg dtg mengunjungi rumah kita tak kira budak ke,fakir miskin ke,apek ke,india ke....layan lah dgn baik.jgn terus menghalau mereka tu.kalu salesman dtg pun....cakap le baik2 kalu tak nak.islam pun mengajar kita supaya berbuat baik dgn tetamu.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register