BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ceramah MUDA diganggu lagi

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Ceramah MUDA diganggu lagi


Ceramah MUDA diganggu lagi
Muhammad Amir Fiqri menunjukkan kesan insiden provokasi sekumpulan lelaki pada majlis Malam Mesra Muo dan Pelancaran Jentera PRU-15 MUDA,

malam ini. - NSTP/MOHAMAD FAHD RAHMAT
MUAR: Majlis Malam Mesra Muo dan pelancaran jentera Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Jalan Bakri di sini, diganggu insiden provokasi kira-kira 20 lelaki sekitar jam 9.40 malam tadi.

Ketua Penerangan MUDA Muar, Muhammad Amir Fiqri Mustapha, berkata kumpulan berkenaan turut mengeluarkan kata-kata kesat, tolak menolak, melemparkan mercun dan merosakkan sebuah kereta penyokong MUDA di perkarangan tempat letak kenderaan sebuah dewan.

Katanya, insiden berlangsung antara 15 hingga 20 minit itu terlerai selepas kumpulan berkenaan lari sebaik mercun dilemparkan.

"Mereka memakai topeng muka dan dipercayai kumpulan sama membuat provokasi dalam acara di ibu pejabat MUDA di Parit Pecah sebelum ini.

"Belum ada laporan kecederaan diterima dan kami akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar jika perlu," katanya ketika ditemui di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Pegawai Komunikasi Ahli Parlimen Muar, Farhan Iqbal, kesal kerana insiden provokasi berulang.

"Seorang ahli MUDA turut melecur di tangan kerana menangkap mercun dan membuangnya, selain ada yang ditolak ahli kumpulan berkenaan seolah-olah mahu menumbuk.

"Sebelum ini mereka hanya mengeluarkan kata-kata kesat tetapi kali ini lebih bersedia memakai topeng muka dan memakai baju berhud.

"Kami ada dapat maklumat awal mungkin berlaku provokasi dan memang betul ia berlaku," katanya.

Pada 16 Oktober lalu, majlis ceramah dikendalikan MUDA dicemari insiden provokasi sekumpulan 'mat motor' di Parit Jawa, Muar.
 
Lain mcm kan kerap kena kacau....bnyk sngt ka awek kt program muda nie hahaha
Tgk dorg tolak2 tu, mcm pondan. Macam tu cara dorg, meno hntr papagomo je. Bertempiaran dorg lari🤣
 
Ss tak sesuai cebur politik.
Sesuai jual produk kosmetik timbang kijo
Setanding datuk alip
 
Hahahhaha....
Ni klakar....
Den bg 7 bintang....
🤣🤣🤣
 
Nth2 geng dia😁
asyik MUDA je kena ganggu...aku pun rasa geng dia juga..sebab nak tunjuk PENTING dan KUATnya MUDA sampai org kena kacau dia....parti lain tak de pun org nak ganggu....DAP...PKR..relek je bagi ceramah...kena kat MUDA...mcm mcm datang kacau....mujur belum ada gajah datang kacau
 
Back
Top
Log in Register