ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
MASwings Sdn Bhd hari ini mengumumkan persaraan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Datuk Kapten Mohd Nawawi Awang, berkuat kuasa 31 Mei.
Mohd Nawawi berkhidmat selama tiga tahun sebagai CEO syarikat penerbangan itu, sebuah unit Malaysia Airlines (MAS). Beliau bukan saja mengembangkan MASwings menjadi syarikat penerbangan komuniti, bahkan membawanya merentasi sempadan Sabah dan Sarawak hingga ke Wilayah Pertumbuhan Asean Timur-Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA).
"Ia merupakan kejayaan membanggakan di bawah kepimpinan beliau," kata MASwings dalam satu kenyataan.
Sejak 2007, MASwings mengendalikan perjalanan antara Sabah dan Sarawak dan meluaskan perkhidmatannya pada 2012 ke Bandar Seri Begawan di Brunei, Pontianak dan Tarakan di Indonesia serta Puerta Princessa di Filipina.- Bernama