BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cemburu!!!

ceploss

Fun Poster
Messages
243
Joined
Jun 9, 2010
Messages
243
Reaction score
0
Points
10
Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap “Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi”

:eek::eek::eek::eek::eek::eek:
sory ek kalo dah ade//
 
dh byk cerita mcm ni mgkin diolah cara berlainan.
aku geletek sendiri ar. harharhar
:D
 
ok la..not bad.....tapi lawak purba ni..
 
bini ni kalau ban gang macam ni la jadinya...hehehehe..
 
tak bertanya dulu tu la jd nyew..heheheh
 
Back
Top
Log in Register