ahib0205
Legendary Member

- Messages
- 19,329
- Joined
- Nov 18, 2007
- Messages
- 19,329
- Reaction score
- 746
- Points
- 166
Cemburu paling hebat yang pernah terjadi dalam sepanjang alam ini wujud adalah cemburu Iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah menyuruh Iblis sujud pada Nabi Adam, Iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih bagus dari Nabi Adam. Iblis cemburu kerana Allah memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam. Akibatnya, Iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka.
Cemburu manusia yang pertama pula berlaku dalam kisah Habil dan Qabil yang merupakan 2 orang putera Nabi Adam. Qabil tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) yang jauh lebih rupawan dari Labuda (saudara kembar Habil). Klimaks kepada kisah ini adalah apabila Qabil membunuh Habil. Ini kes cemburu pertama dalam sejarah manusia, dan cemburu pertama ini juga telah membawa kepada tragedi pertumpahan darah yang pertama di atas muka bumi ini.
Sudah tentu kita sebagai manusia biasa memang takkan lari dari sifat CEMBURU! CEMBURU juga amat merbahaya jika tidak kena pada tempatnya.
Jom sama-sama kita bincangkan untuk dijadikan panduan bersama. Insya Allah...
Ini pandangan saya:
Suami patut CEMBURU jika bekas minuman isteri diminum oleh rakan sepejabat beliau! #:-S
Suami juga patut CEMBURU jika isteri pergi ke pasar sorang-sorang...
Lagi-lagi pandangan anda?