balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Abdul Malek dan Mohamad Rozaini dibawa ke Jeti PPM selepas diselamatkan semalam.
< 1 / 1 >
GEORGETOWN - Dua sekawan menempuh detik cemas apabila bot fiber yang dinaiki hampir karam kerana mengalami masalah kebocoran.
Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritima) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kamaruszaman Abu Hassan berkata, kedua-duanya menaiki bot itu untuk memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang semalam.
Bagaimanapun, hasrat mereka tidak kesampaian apabila bot fiber yang dinaiki mengalami kebocoran dan menyebabkannya hampir karam.
"Bilik Operasi Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menerima laporan kes dari talian kecemasan 999 dan mengarahkan bot bertugas ke lokasi kejadian.
"Dalam tugas menyelamat, Maritim Malaysia bekerjasama dengan agensi penyelamat lain iaitu Pasukan Gerakan Marin (PGM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya menerusi kenyataan akhbarnya semalam.
Menurutnya, kedua-dua mangsa diselamatkan dan di bawa ke Jeti PGM oleh anggota penyelamat manakala bot fiber ditunda ke jeti
Beliau berkata, mangsa, Abdul Malek Ramli, 35 dan rakannya Mohamad Rozaini Ishak, 35, bertolak dari Teluk Kumbar menghala ke Jambatan Pulau Pinang sebelum mendapati bot bocor dan menyelamatkan diri dengan terjun ke kawasan batu tiang bernombor 28 jambatan.