BTC USD 81,377.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

celebrities convert to Islam...SubhanAllah!

Ni ada dalam Qasidah Bardah......pembawaan lagu ada macam2, tapi ayat nya sama, dalam tu lah....

qasidah bardah tu ape eh???
same mcm marhaban gak ke??
 
qasidah bardah tu ape eh???
same mcm marhaban gak ke??

Qasidah Burdah ni dulu2 popular jugak, tapi sekarang ni nampak marhaban lebih popular & qasidah burdah di lupakan generasi sekarang, sayang gak. Zaman aku budak2 dulu ada yg cuba hidupkan buat every week di Kg Titi Gajah (Kg dkt rumah DrM) di Kedah, sekarang tak tau hidup lagi tidak.

Aku tak tau nak panggil dia satu puisi atau syair. Kalau kata syair mungkin nama dia Syair Selendang kot!!! Ia di tulis oleh sorang nama Imam Saleh Sharafuddin Abu Abdullah Muhammad bin Hasan Al Busairi yg jadi lumpuh tak berjaya lagi di ubati. Dalam keadaan lumpuh tak terdaya ni la dia reka puisi memuji Alah s.w.t. & Rasulullah s.a.w. yg dia guna sebagai satu cara meminta pertolongan Allah supaya sembuh.

Pada satu malam Jumaat, dia dengan penuh rendah diri & khusyuk di tempat sunyi melagukan syair ni sehingga tertidur. Dia mimpi jumpa Rasullullah s.a.w, dia cerita masalah lumpuhnya pada Rasulullah s.a.w., Rasulullah lalukan tangannya atas tubuh imam tu & penyakit lumpuh tu terus hilang dengan berkat Nabi s.a.w. & perkenan Allah. Bila dia terjaga masih ada kain selendang yg Rasulullah letak atas tubuh dia yg lumpuh tu. Sebab tu di namakan Syair Selendang.

Pada pagi tu masa ke pasar seorang alim minta dia bacakan syair memuji rasulullah yg dia cipta tu. Dia kata dia cipta banyak puisi, yg mana yg nak dengar. Org alim tu kata yg mula dengan A-min Tazak-kurin (i.e. Qasidah Burdah). Imam tu kehairanan & berkata "Demi Allah" tiada sesiapa tahu tentang Qasidah ni, sebenarnya macamana tuan tahu?" Org alim tu menjawab "Demi Allah aku bermimpi engkau melagukan nya didepan Rasulullah s.a.w. & rasullullah s.a.w. telah membantu mu dengan perkenan Allah s.w.t. terus di sembuhkan penyakit lumpuh mu"

Sebabtu majlis Qasidah Burdah ni diletakkan juga air macam majlis baca Yaasin/tahlil yg mungkin dengan perkenan Allah dapat membantu, macam air tawar gak lah!! Wallahua'lam.......:)
 
kalu TV3 bab org mualaf ni lagi2 yg star2 bkan nak masuk tv..
kalu bab politik no 1..
ish2
mcm mane dakwah nak berjalan kalu camni mentaliti diorg
 
Allah berfirman dalam Surah An-Nashr:" Apabila telah datang pertolongan Allah dan pembukaan negeri Mekah.Dan telah engkau lihat manusia masuk kedalam agama Allah dengan berduyun2.Maka tasbihlah engaku sambil memuji Tuhan dan minta ampunlah kepadaNya.SesungguhNya Allah penerima taubat".Kerana Islam itu agama yang diredhai Allah maka kita yakin manusia akan beriman dan memeluk Islam tetapi sebaliknya orang Islam banyak yang telah murtad dan sesat kerana tipu daya syaitan.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register