BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Celcom umum pelantikan pegawai utama

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Celcom Axiata Berhad

CELCOM Axiata Bhd mengumumkan pelantikan penting pegawai utama serta pertukaran bagi mengukuhkan lagi anggota pasukan pengurusan dan korporatnya.

Syarikat itu melantik Zuraidah Datuk Jamaluddin sebagai Ketua Pegawai Korporat yang baharu dan Suresh Sidhu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif edotco.

Bagi pertukaran tugas, Afizulazha Abdullah, sebelum ini Ketua Pegawai Perkhidmatan Digital, dilantik sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan dan Penyelesaian, manakala Jefri Ahmad Tambi dilantik sebagai Ketua KomunikasiKorporat dan Pegawai Perhubungan Kerajaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Shazalli Ramly berkata selain pelantikan baharu dan pertukaran portfolio itu, Celcom juga mengekalkan bakat cemerlang dalam pasukan pengurusan tahap-C.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata menerusi perubahan itu, Celcom akan terus menyediakan perkhidmatan, pengalaman pelanggan, kebolehpercayaan dan nilai terbaik kepada pelanggan Malaysia. - Bernama
 
Cerita je gempak. Tahap c la tahap d la. Selagi data pengguna masih korg xdpt nk control n terlepas pd 3rd party dgn sms yg bukan2, xpyh la sembang kuat sgt. Tu xkira lg dgn kualiti servis. Tukar la mgmt beratus kali pun, xde makna pd aku. Mcm mn la korg nk cari org2 yg korg dh tolak kredit dgn sms yg bukan2 tu kat akhirat esok2. Selagi xmintak halal kat sini. Bukan sorg. Juta2 org tu bak ang
 
Kau dah bc akta data le belum
 
Back
Top
Log in Register