BTC USD 84,693.7 Gold USD 4,147.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Celakalah orang yang bersembahyang

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=OSZnfCh6Fgo

apa yang kita ketahui bahawa ibadat sembahyang adalah amat penting sekali didalam islam.kepentingan sembahyang boleh lah difahami sendiri oleh setiap individu yang berfikiran waras.ia dapatlah kita simpulkan sebagai tiang agama didalam islam.sejajar dengan keutamaannya itu,mereka yang mendirikan sembahyang akan dikurniakan allah dengan pelbagai macam keistimewaan.

keistimewaan itu bukan hanya akan dinikmati oleh individu terbabit diakhirat nanti,malah ketika didunia lagi.
bagi mereka yang tidak bersembahyang,mereka sudah terang terangan akan dimurkai,dan mereka juga akan dikenakan dengan pelbagai macam laknat dari tuhannya,perkara itu sememangnya sudah menjadi bertepatan dengan sikap individu terbabit itu sendiri yang enggan sujud kepada tuhan pencipta mereka,enggan mematuhi perintahnya,padahal segala kurniaan allah keatasnya dinikmati olehnya.


bagaimana pun dikalangan orang yang mendirikan sembahyang,ada juga celakanya,celaka orang yang bersembahyang dijelaskan sendiri dengan maksud yang begitu mendalam sekali oleh allah didalam al quran,didalam surah yang diambil dari surah al ma'un ayat 4 hingga 6.

al+maun.jpg


maksudnya
(surah al ma'un ayat 4)maka kecelakaan besarlah bagi orang yang bersembahyang(surah al ma'un ayat 5)iaitu mereka yang berkeadaan lalai dalam menyempurnakan sembahyangnya(surah al ma'un ayat 6)jugabagi orang orang yang berkeadaan riak yakni bangga diri dalam ibadat nya


penjelasan nya itu pula lebih merupakan sumpah dari allah sendiri keatas orang yang mendirikan sembahyang seperti itu.jadi sebagai anutan islam yang kita bawakan,kita sewajarnya faham dengan sejelas jelasnya perkara itu.jadi persoalannya kenapa orang yang bersembahyang itu mendapat kecelakaan?sebenarnya,perkara itu berlaku kerana sembahyang yang dilakukan oleh individu terbabit tidak menepati atau tidak sempurna sehinggakan tidak diterima oleh allah.


puncanya ia mungkin dilakukan bukan kerana allah,bukan dengan kerana ikhlas kepadanya,tetapi mahu menunjuk nunjuk kepada sesama manusia.selain itu,ia mungkin dilakukan dengan tidak khusyuk atau boleh jadi juga tidak disertai dengan kehadiran hati,tidak dilengkapi dengan syarat syarat untuk mendapatkan kekhusyukkan dalam sembahyangnya.sebaliknya ketika didirikan sembahyang,fikiran individu terbabit melayang layang entah kemana.bacaan yang dibaca didalam sembahyang tidak difahami,segala perbuatan dan bacaan dalam sembahyang tidak dihayati dengan baik.

selain dari itu,sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu mungkin tidak dilengkapi dengan wuduk yang sempurna,kalaupun bukan kerana itu mungkin kerana sembahyang yang dilakukan itu tidak dilengkapi dengan syarat syarat yang harus diperlukan dalam sembahyangnya.
apa yang penting,dengan maksud yang dihuraikan oleh al quran yakni CELAKA ORANG YANG BERSEMBAHYANG jangan sesekali dipandang remeh oleh kita,jika sekali kita celaka,jangan pula celaka selamanya kerana sembahyang yang celaka tidak akan berkeupayaan membantu kita ketika didunia dan juga di akhirat nanti..sama sama lah kita renungi dengan mendalam.
 
salah tu, ayat 1-3 kau tak ambik,
yg betulnya macam ini.
------------------------------

memahami arti aqimus solata.
menjaga kebajikan anak2 yatim dan orang2 miskin
-----------------------------------------------
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama ?
(Al-Maa'uun 107:1)
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
(Al-Maa'uun 107:2)
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang
berhak diterima oleh orang miskin.
(Al-Maa'uun 107:3)
maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
(Al-Maa'uun 107:4)
mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
(Al-Maa'uun 107:5)
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak,
(Al-Maa'uun 107:6)
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan.
(Al-Maa'uun 107:7)

ayat ayat ini memberi tahu kita bahawa
komitmen menjaga kebajikan anak-anak yatim
dan orang-orang miskin
adalah salah satu dari jenis solat.
siapa yang mengabaikan komitmen itu dianggap
orang yang lalai dalam solat.
orang-orang yang riak dan orang-orang yg
tidak mahu menolong orang lain juga dianggap
lalai dalam solat
- iaitu lalai dalam menyempurnakan komitmen itu.

jika solat yang dimaksudkan ialah solat 5 kali sehari,
langsung tidak ada pertalian dengan
komitmen menjaga kebajikan anak-anak yatim
dan orang-orang miskin.
 
Back
Top
Log in Register