BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cedera ditetak pemandu teksi

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
tetak12a_1560322558.jpg

Pekerja stesen minyak yang cedera pada tangan akibat ditetak pemandu teksi. FOTO Ihsan Pembaca






POLIS menahan pemandu teksi yang menetak tangan pekerja stesen minyak warga asing di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.

Sumber berkata, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran mulut akibat perselisihan faham antara pemandu teksi dengan pekerja stesen minyak terbabit sebelum pemandu teksi beredar dari lokasi.

“Bagaimanapun, pemandu teksi itu dikatakan datang semula ke stesen minyak terbabit dengan membawa parang sebelum menetak tangan pekerja terbabit.

“Pemandu teksi itu cuba melarikan diri dengan menaiki teksinya, namun dikejar penyelia stesen minyak yang berjaya masuk ke dalam kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, berlaku pergelutan antara pemandu dengan penyelia itu sehingga teksi terbabas lalu merempuh penunggang motosikal.

“Suspek berjaya ditahan orang awam manakala mangsa dan penunggang motosikal yang cedera dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk rawatan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Superintendan Annas Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan membabitkan sebuah teksi dan motosikal di lokasi terbabit.

“Sebaik tiba, kami dapati orang awam sudah menahan pemandu teksi berusia 35 tahun itu.

“Kami turut merampas parang yang digunakan suspek untuk menetak mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.









sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/464457/cedera-ditetak-pemandu-teksi







.
 
harap2 tak selesai dgn "denda & minta maaf"
 
Pekerja warga asing..ntah2 kerja sambil lewa mmg sesuai la kena tetak. Depa ni kja lg kuat mls..baru2 lg x pa lama2 tau la perangai mcm mana. X pyh la nk jilat pekerja asing.
 
pekerja warga asing?hmm...memang kurang hajar..banyak lemak...jadi cashier macam bapak dia punya stesen minyak...kita org tempatan pun dia boleh maki...penah kena banyak kali jugak...selalunya bangla...takkan tiba2 pemandu teksi tu ngamuk kalau takde hal...nie mesti tunjuk lagak punya warga asing nie...percayalah...mcm kes akak honda kena tumbuk tue pasal mulut tak pasal2 kena tinju...
 
Pekerja warga asing..ntah2 kerja sambil lewa mmg sesuai la kena tetak. Depa ni kja lg kuat mls..baru2 lg x pa lama2 tau la perangai mcm mana. X pyh la nk jilat pekerja asing.

dah pernah kena dh....banyak kali..perkhidmatan dari warga asing..mengecewakan..(mungkin tak semua mcm tu, tapi masalahnya dh kena banyak kali)..

.
.

golongan MAJIKAN suka warga asing mungkin sbb gaji rendah....jimat kos..
 
Last edited:
dah pernah kena dh....banyak kali..perkhidmatan dari warga asing..mengecewakan..(mungkin tak semua mcm tu, tapi masalahnya dh kena banyak kali)..

.
.

golongan MAJIKAN suka warga asing mungkin sbb gaji rendah....jimat kos..

Salah satunya....

Ada lagi, karenah terhadap majikan kurang....

Kalau pekerja tempatan banyak karenah walaupun bukan semua....
 
Warga asing yang kerja petrol pump ni banyak perangai celaka kurang ajar.

Bila park kereta nak isi minyak dia pandang tempat lain konon-konon busy. Kuat mengelat. Banyak kali dah kena.
 
Back
Top
Log in Register