balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Hashim menunjukkan meter motosikalnya yang tercabut akibat kemalangan. Gambar kecil: Kesan kecederan di bahu kirinya.
< 1 / 1 >
SEGAMAT - Seorang lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat disondol seekor **** hutan di Jalan Berata, ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Muar, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, mangsa, Mohd Hisham Hashim, 37, yang menunggang motosikal Honda EX5 baru selesai membantu membersihkan rumah rakannya yang terjejas akibat banjir.
“Kejadian berlaku sangat pantas. Ketika kejadian, saya terlihat sesuatu bergerak di bawah rimbunan pokok dan kebetulan jalan tersebut agak gelap, menyukarkan saya mengenal pasti objek tersebut.
“Namun, secara tiba-tiba saya melihat objek tersebut meluru ke arah jalan raya sebelum menyondol motosikal saya sehingga jatuh di seberang jalan. Ketika itu, baru saya sedar objek tersebut adalah **** hutan,” katanya.
Menurutnya, akibat kemalangan itu, dia cedera di kepala, bahu kiri serta muka akibat terseret di jalan.
Selepas terjatuh katanya, haiwan tersebut cuba menyondolnya tetapi tidak berjaya sebelum **** hutan itu berpusing dan berlari ke arah belukar berhampiran.
“Dalam keadaan cedera, saya sempat menghubungi rakan dan dia kemudiannya menghubungi ambulans sebelum saya dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS).
“Saya ditahan selama satu malam di wad dan menerima tiga jahitan di kepala,” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gemereh 3, Johari Akdar berkata, haiwan tersebut mungkin keluar mencari makanan selepas habitatnya terjejas akibat banjir, baru-baru ini.