BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cecair vape berbahaya, kata pakar

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
AKIM___STACY___ASTRO_RAYA_KOSONG_KOSONG.transformed_1.jpg


KUALA LUMPUR: Penggunaan rokok elektronik atau vape adalah berbahaya disebabkan kandungan nikotin yang terkandung di dalam cecairnya.

Pakar Psikiatri dan Pakar Berhenti Merokok di Pusat Pakar Universiti Malaya, Dr Amer Siddiq Amer Nordin berkata lebih membimbangkan apabila penjual membancuh sendiri cecair mengikut permintaan pelanggan tanpa mengetahui isi kandungannya.

"Belum ada bukti mengatakan vape selamat digunakan dan kita risau apabila penjual membancuh cecair itu tanpa pengetahuan akan memberi kesan kesihatan kepada pengguna," katanya pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Pencegahan dan Rawatan 2015 (ICAPT 2015) di sini, hari ini.

Justeru, Dr Amer Siddiq berkata, penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaan vape adalah perlu untuk mengelakkan orang ramai khususnya golongan remaja memulakan tabiat merokok.

Katanya, walaupun ramai beranggapan vape membantu perokok tegar untuk berhenti merokok, disebabkan warna dan kepelbagaian rasa yang ditawarkan, vape juga menarik golongan bukan perokok untuk mencubanya.

ICAPT 2015 yang bermula semalam bertindak sebagai pentas perbincangan kepada permasalahan dadah dan yang berkaitannya serta kaedah rawatan yang diperlukan.

Ia disertai pihak bertanggungjawab seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia, para pensyarah dan penyelidik tempatan dan antarabangsa. - BERNAMA


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/83057
 
Aku dah hilang kepercayaan kat pakar2 malaysia nie....:eek:
 
Aku dah hilang kepercayaan kat pakar2 malaysia nie....:eek:

Prof ameer ni bukan calang2 orang. Dia jd pakar sebelum umur 30 tahun. Skang ni dah subspecialist. Kat PPUM tu brp kerat je subspecialist melayu. Ko apa pencapaian ko?? Betul la apa dia kata tu.
 
sblum isap vape baik ambik insuran takaful ,buat wasiat dll, kalau sakit atau mampus x susahkn org lain
 
Alhamdulillah aku tak merokok...:D
 
Selagi tak dikenakan cukai 20% selagi
tu la pakar berbunyi...
 
mungkin ada betul juga.. sebab tiada badan yg pantau isi kandungan liquid ni..
 
Beli gambir sarawak ade gak pekdahnya dari beli VAPE..:D
 
belum ada bukti bahan2 selamat..
juga belum ada bukti bahan2 tersebut tidak selamat..
kenapa kenyataan semua bias kearah bahan2 tersebut tidak selamat?pakar dah beng4p ker?
 
Back
Top
Log in Register