balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KLUANG - Kementerian Pertahanan bercadang memperkenalkan langkah-langkah tetap dan menyeluruh untuk mengelak kejadian pergaduhan di kem-kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, antara langkah tetap yang sedang dipertimbangkan ialah memperkenalkan penggunaan televisyen litar tertutup (CCTV) di kem-kem PLKN.
"Saya mengarahkan agar langkah-langkah tetap seperti menggunakan CCTV, pandangan-pandangan lain juga sedang dikumpul supaya tragedi seperti ini tidak berulang,” katanya hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bersama Wanita Umno Johor yang turut dihadiri Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Dataran Tasik, di sini.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO ditanya mengenai kematian seorang pelatih PLKN, Muhammad Suhaimi Norhamidi di Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Rompin baru-baru ini.
Pelatih itu ditemui tidak sedarkan diri di bilik air kem berkenaan Ahad lepas.
Tiga pelatih telah ditahan reman sehingga 30 Sept selepas laporan bedah siasat menunjukkan Muhammad Suhaimi mengalami pendarahan dalaman di kepala akibat hentakan senjata tumpul. - Bernama