BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cayalah wan azizah!!

astro84

Active Member
Messages
1,972
Joined
May 16, 2012
Messages
1,972
Reaction score
0
Points
20
Selesaikan masalah jenayah, bukan intip rakyat, kata PKR kepada polis
Oleh Nomy NozwirJuly 03, 2012PETALING JAYA, 3 Julai — PKR mahu polis menyelesaikan masalah jenayah dan bukan mengintip aktiviti politik, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.



Presiden PKR itu mendakwa pasukan Cawangan Khas (SB) telah menyediakan kira-kira 733,000 laporan terhadap kegiatan politik penduduk dewasa Malaysia pada tahun 2010.

Wan Azizah (gambar) berkata kadar jenayah yang berlaku akhir-akhir ini sangat membimbangkan.

Minggu ini ada dilaporkan berlaku kejadian pecah rumah Tan Sri Thamby Chik, ATM di Carrefour Wangsa Maju dicuri — RM1.2 juta lesap dan satu keluarga Melayu Singapura yang keretanya dirampas dan diculik di Johor.

“Kerajaan memilih untuk mengatakan kadar jenayah semakin menurun tetapi pihak pembangkang mendakwa keadaan membuktikan sebaliknya.

“Laporan Bajet 2012, dalam tahun 2010 sahaja terdapat 382,000 laporan dari Special Branch tentang kegiatan politik rakyat, dan 351,000 pemeriksaan keselamatan ke atas rakyat,” kata bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu.

Sebagai bandingan, Jabatan Siasatan Jenayah hanya membuka 212,000 fail jenayah, kurang 30 peratus daripada pasukan Cawangan Khas.

Untuk menangani masalah ini, Wan Azizah menambah, polis haruslah melaksanakan tugas-tugas polis yang utama iaitu membanteras jenayah.

Penjenayah kini semakin terdesak dan sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan matlamat mereka tercapai. Kejadian jenayah ini, kata Wan Azizah lagi membuatkan rakyat takut untuk menjalani kehidupan mereka.

"Sehubungan dengan itu kami mencabar kerajaan memastikan 90% dari aktiviti Special Branch ini difokuskan kepada aktiviti mencegah jenayah.

"Jika kerajaan tidak melakukan perkara ini, rakyat haruslah menamatkan pemerintahan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang demi keselamatan rakyat", kata Wan Azizah lagi.

Beliau bagaimanapun tidak menolak fungsi SB dalam soal keselamatan negara, tetapi mahu SB menfokuskan aktivitinya untuk membanteras jenayah dan bukannya mengintip rakyat.
 
umco kata jenayah selangor semakin naik..mereka cuba nak burukkan pr..
pr balas maknanya program tranformers najib tu tak berjayalah..
dan umco takut kena smash dgn rosmah tukar kadar jenayah selangor menurun..

diorang ni mulut dgn longkang sama je busuk!
 
Aku masih rasa
jenayah politik adalah punca segala masalah.
 
jenayah dah b'leluasa polis pun xdpt handle. baik handle kes politik, lg senang sbb org politik esp PR m'beri kerjasama yg baik kpd polis.hehe
 
respect kat Wan Azizah ni..cool je..
 
umco kata jenayah selangor semakin naik..mereka cuba nak burukkan pr..
pr balas maknanya program tranformers najib tu tak berjayalah..
dan umco takut kena smash dgn rosmah tukar kadar jenayah selangor menurun..

diorang ni mulut dgn longkang sama je busuk!

hehe...perumpamaan yg mkn dalam nie
 
kaya jg org malaysia,syarikat2 pun untung gila2...patut la pun perompak suka sama dia orang.....:D
 
jenanyah paling teruk di Malaysia ni adalah Jenanyah politik.
 
Politik dah makin trok kat MALAYSIA nie...ape ko dah buat pak najib oii...bile pompuan memerintah...camnie laa jdnye...hakktuihh laa rosmah gemokk hodoh!!! panas hati den..
 
Back
Top
Log in Register