BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cayalah najib!!

astro84

Active Member
Messages
1,972
Joined
May 16, 2012
Messages
1,972
Reaction score
0
Points
20
Najib ucap tahniah Presiden Mesir

NAJIB (tiga dari kanan) ketika mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-115 di bangunan Perdana Putra di Putrajaya semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Presiden Mesir baharu, Mohammed Morsi (gambar kecil) berikutan kejayaan beliau dalam pilihan raya presiden negara itu baru-baru ini.

Perdana Menteri dalam perutusan tahniahnya berkata, kejayaan Mohammed merupakan bukti jelas tentang keyakinan rakyat Mesir terhadap kepimpinan dan wawasan politiknya.

"Malaysia menyambut baik proses transformasi ke arah demokrasi yang sedang mengambil tempat di Mesir dan berharap dapat bekerjasama rapat dengan Mohammed untuk terus memperkukuhkan hubungan yang sedia terjalin antara kedua-dua negara," kata Najib dalam satu kenyataan Wisma Putra yang dikeluarkan di sini semalam.
 
Nape "Cayalah Najib"..???
 
patut Mursi rejek jer ucapan tahniah Najib tu mcm Basyar kena
 
Tajuk merepek je ni. Copy paste dari sumber mana tah... gambar pun takde...adess...
 
soryy..aku x caya..haha
tt..agak2 la nk cacai pun..muahaha
 
Tajuk merepek je ni. Copy paste dari sumber mana tah... gambar pun takde...adess...

Takpe la... aku bubuh satu....

168500_246399735471836_1775175667_n.jpg

Rakyat Nesir berhentikan kereta & turun melakukan sujud syukur setelah kemenangan Muhammad Mursi di umumkan

PAS & TGHHA dah lebih awal ucap tahniah.... Najib tu kelmarin...

PAS gesa dunia terima keputusan p’raya Mesir
Harakahdaily, 19 Jun 2012

mursi.jpg


KUALA LUMPUR: PAS meminta kuasa-kuasa Barat dan seluruh masyarakat dunia menerima secara terbuka keputusan Pilihan raya Presiden Mesir yang dibuat melalui satu proses yang lebih demokratik, setelah puluhan tahun suasana pilihanraya di Mesir telah menjadi contoh demokrasi yang pincang.


Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata rakyat Mesir telah menyatakan pilihan mereka, dan tidak wajar mana-mana pihak terutamanya pihak Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) untuk menafikan hak rakyat membuat pilihan dalam satu proses demokrasi itu.


Berikut ialah kenyataan penuh beliau.


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Muhammad Morsi dari Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP) yang mencapai lebih dari 50% undi dalam Pilihan raya Presiden Mesir yang baru sahaja berakhir.


Sehubungan dengan itu juga, PAS meminta kuasa-kuasa Barat dan seluruh masyarakat dunia menerima secara terbuka keputusan tersebut yang dibuat melalui satu proses yang lebih demokratik, setelah puluhan tahun suasana pilihanraya di Mesir telah menjadi contoh demokrasi yang pincang.


Rakyat Mesir telah menyatakan pilihan mereka, dan tidak wajar mana-mana pihak terutamanya pihak Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) untuk menafikan hak rakyat membuat pilihan dalam satu proses demokrasi itu.


Sebarang usaha menafikan kemenangan ini sama ada oleh kuasa-kuasa Barat dan Regim Zionis Israel juga melalui tangan-tangan ghaib mereka di Mesir sendiri akan membawa akibat yang buruk kepada keamanan rantau Asia Barat, dan iklim politik dan keamanan dunia juga akan turut terjejas.


Dunia mesti memberi ruang kepada pentadbiran pemimpin dan kerajaan baru Mesir untuk berkhidmat dengan penuh keadilan kepada rakyat. Adalah amat tidak wajar rakyat dihukum dengan dinafikan pilihan mereka setelah ianya berjalan secara demokrasi.
 
Back
Top
Log in Register