astro84
Active Member
- Messages
- 1,972
- Joined
- May 16, 2012
- Messages
- 1,972
- Reaction score
- 0
- Points
- 20
Pas akui sukar tawan Johor
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
[email protected]
MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hadir pada Himpunan Hijau Pas di Tampoi, Johor Bahru, Johor, semalam. - MINGGUAN/NASIRRUDDIN YAZID
MARANG 30 Jun - Pas mengakui bahawa impiannya untuk menawan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah sukar walaupun telah berjaya 'menembusi' negeri yang menjadi kubu kuat UMNO itu dengan memenangi dua kerusi pada pilihan raya umum lalu.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu, ini kerana UMNO pastinya akan mempertahankan negeri yang selama ini menjadi kubu kuatnya daripada dirampas pembangkang.
Bagaimanapun katanya, adalah tidak mustahil bagi Pas untuk merealisasikan hasrat itu memandangkan terdapat peningkatan sokongan oleh rakyat negeri itu kepada Pas.
"Melihat kepada persiapan jentera parti di semua negeri, saya paling berpuas hati jentera di negeri Johor di mana dahulunya sokongan Pas di negeri ini sangat lemah," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran Himpunan Hijau Pas ke Putrajaya Ganti UMNO peringkat negeri Terengganu di Padang Mengkuang, Bukit Payung di sini hari ini.
Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed sebelum ini berkata, parti itu merancang bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU-13.
Bagaimanapun, keputusan itu akan dibincangkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk persetujuan bersama.
Abdul Hadi ketika ditanya adakah keyakinan parti itu untuk menawan Johor ada kaitan dengan khabar angin bahawa Naib Presiden, Salahuddin Ayub akan bertanding di negeri itu sebagai persediaan untuk dilantik sebagai menteri besar menafikan perkara itu.
"Tidak ada kena-mengena dan kita juga tidak pilih dan calonkan sesiapa pun lagi. Apa yang penting kita kena menang dulu," jelasnya.
Dalam pada itu, katanya, Pas akur jika mana-mana pihak berkuasa mahu menyiasat kepimpinan tertinggi dalam parti pembangkang termasuk ketua menteri, menteri besar atau ketua parti.
Beliau turut menyalahkan media arus perdana yang sering memperbesarkan isu perpecahan dalaman yang berlaku dalam parti pembangkang sedangkan masalah itu turut berlaku dalam UMNO.