BTC USD 81,081.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Catholic Herald guna Nama Allah, ape pendapat anda?

Mata_Pena

Forum Troll, Multiple ID Cricket
gem
Messages
5,397
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,397
Reaction score
1,864
Points
141
Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama.

Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah. Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka?

Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama digunakan.

Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama.

sumber - ikim
 
yg si kristian H.T nih asal tak leh nak create nama tuhan dia sendiri ke ..apsal nak ciplak Islam punya jugak (terang2 motif dia nak kelirukan umat Islam )

kan dlm kamus dah tulis terjemahan bagi 'GOD' = 'TUHAN'
aku mintak la .. kalau ada sesapa yg dok tinggal dgn ketua H.T nih .. potong pala dia ..
 
kat negara luar nama apa?
 
Sekarang ape cite suwat kabau horold ni ha? Dulu siap tuntut dalam mahkamah mintak kebenaran guna perkataan Allah sebagai ganti nama GOD dalam penulisan surat kabar sebaran mereka. Kalau tak silap mahkamah membenarkan. Tapi kementerian sekat keputusan mahkamah dan ban terus penggunaan Allah sebagai ganti nama GOD dalam herald.

susulan.. rayuan dibuat atas keputusan kerajaan itu, tapi tatau ape cer update kisah itu sampe skang. ape cer ha?
 
der soalan.

1) Macam mana la bule timbul Isu penggunaan nama tuhan sekarang ni?

2) Dan macam mana pula timbul segelintiran Org Islam yang menyokong agama lain menggunakan perkataan Allah sebagai tuhan mereka?

3) Apakah kita harus melarang atau membenarkannya.

minta sape2 yg tahu, tolong terangkan kpd yg tatau tentang isu ini dari sudut negara malaysia yg berbilang kaum dan dari sudut hukum agama islam kita sendiri?

Allah harus diharamkan dari digunakan oleh Kristian... kalo dalam bahasa Melayu... Tuhan... Kalo dalam terjemahan Arab x tau ler pulak...

Yang menyokong tuh x tau ler pulak apa sebabnya... mungkin mereka ada dalil atau nas tertentu...
 
saya setuju, kita sebagai umat Islam harus mempertahankan agama kita dari dirobek musuh2 Islam yg sentiasa mencari jalan merosakkan akidah kita umat Nabi Muhammad s.a.w

Tapi jika kita mahu berhujah mestilah dengan dalil dan fakta sokongan, barulah boleh mematahkan hujah2 puak2 kristian ni di mahkamah. Tapi atas nas dalil dan undang2 apa yg ada mampu kita haramkan isu ini sekali gus?

adakah ia boleh dilakukan? atau tidak?
 
Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan "over react" dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini.

Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud:

"Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahwa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi. Sebahagian dari kitab suci mereka memang menggunakan kalimah Allah (terutama di Timur Tengah). Di dalam kehidupan harian mereka hari ini, penggunaan Bismillah, Alhamdulillah, Masya Allah, Astaghfirullah, Wallahi dan sebagainya bukanlah suatu yang pelik dan janggal. Di Indonesia, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja memang telah lama menjadi kebiasaan. Begitu juga bagi bagi penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak.

Adalah jelas bahawa menggunakan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang. Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?

Maka itu, kami melihat fenomena ini adalah bertepatan dan serasi dengan wadah dan perjuangan KeADILan selama ini. Malahan, perjuangan untuk menegak yang makruf dan mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah dan selesa sepertimana firman Allah:
"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah.

"Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" (Surah Ali `Imran(3):64).

so dalil mcm ni bule pakai ke untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah sebagai ganti GOD dalam harold tuh?
 
ko petik drpd mane ni?
 
Back
Top
Log in Register