INEOS mahukan nama Casemiro dalam senarai Jual..
Tidak terkejut juga dengan cadangan ni.. sebab salah satu faktornya ialah pihak atasan mahukan mengurangkan bil gaji pemain yang terlalu tinggi..
Membawa Casemiro dengan harga tinggi dan berikan gaji besar dengan pemain berusia 30an bukanlah sesuatu yang ideal..
Nama Varane Sancho dua ni juga antara pemain yang menerima gaji besar. Begitu juga Martial..
INEOS mahukan pemain yang datang diberikan gaji yang sepatutnya bersesuaian dengan profil dan kualiti..
Kemasukan Casemiro memang memberikan impak musim lepas. Dia melepasi Prime tetapi masih boleh digunapakai lagi. Bukan saja dari segi kualiti tapi mentaliti sebagai pemenang yang berpengalaman
Namun jika ada kemasukan tawaran yang masuk dan bertepatan dengan kemahuan United, maka tidak mengejutkan Casemiro akan berpindah musim depan.
Walaupun Ten Hag masih mahu pertahankan Casemiro lagi, kehadiran pemain muda yang berpotensi juga satu perkara yang mungkin boleh dipertimbangkan..
Tapi… sebelum tu.. agak terkejut jika Casemiro dalam senarai jual tapi Scott McTominay masih bertahan lagi..
#AMU12