BTC USD 85,877.3 Gold USD 4,348.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

-case closed-

Status
Not open for further replies.
aku rasa laaa......

Mmg ada keperluan security deposit tu....25k per contract....but it is returnable lps siap keje......maybe ayah TT dah 99% nak dapat job tu, so dorg soh prepare la cek tu

lst minute kena cantas by bigger cable.....so tak boleh buat apa la

logiknye, kalau orang nak pau tkde nye org amik cheque laaaa... mesti cash....dah le cheque atas nama Ketua Pengarah Kesedar....tkde nye org tu nak tipu kalau camtu

pelik.. camne leh ada deposit? selagi SST x sign, mana ada bayar apa2..
 
Salam..

ni kisah aku n parent aku kena tiau kat pegawai kesedar gua musang..kisahnya begini, hujung bulan 6 lepas kesedar ada buka tender utk tebang pokok getah tua..ayah aku n kawan dia kenal la orang dalam kesedar ni, namanya Nasir..dia cakap dia akan bagi 2 kawasan kat ayah aku n kena deposit RM50K. so, ayah aku pun bagi la RM50K deposit guna bank draft atas nama Pengurus Besar Kesedar..surat menyurat aku xtau la ayah aku ada ke x sebab ayah aku ni pun satu hal, dengan aku pun banyak berahsia.

so, lepas bagi deposit tu, dia cakap nak pergi ke KL untuk submit nama ayah aku ni untuk tebang 2 kawasan tu..ayah aku siap sponsor lagi tiket flight dia 2 orang ke KL.

tunggu punya tunggu, dalam bulan puasa lepas, skali dia boleh cakap ayah aku gagal dapat projek tu..setahu aku, kalau dah bayar duit deposit, memang kita dah dapat tender tu..alih2 dia cakap x dapat pulak. maybe kroni2 yg ada kabel besar dah potong line kitorg kot..

yang jadi panas hati aku sekarang, sampai sekarang diorg x nak pulang duit kitorg tu..aku dah kongsi modal aku RM5K, tu pun aku terpaksa jual dinar emas wife aku 7 keping sebab nak tolong ayah punya pasal.

bila call je, ada je alasan diorg bagi, Wan Johan pergi KL je memanjang..ape, ofis dia kat KL ke asyik xde kat Gua Musang? yang B0.d0 nye diorg ni, x pandai nak tipu, bila operator depan jawab, dia cakap wan johan ada..bila dia sambung ke phone wan johan, assistant dia jawab wan johan kat KL..hari2 call, alasan yang berbeza diorg bagi..

sekarang ni aku rasa malu dah kat wife aku sebab x dapat nak ganti lagi dinar dia yang dah terjual tu..duit pun banyak nak guna sekarang sebab wife aku baru bersalin..adeh..~X(~X(~X(

kepada geng2 CG yang ada kenalan kat kesedar gua musang tu, tolong la bagitau diorg ni..bagi balik la duit kitorg tu..nak simpan lama2 buat apa..

dan untuk kes aku ni, tolong bagi cadangan, apa tindakan yg kitorg boleh ambil kat kesedar gua musang ni..Janji diketupati..chait..

Bagitau mamat dua orang tu, kalau diorang tak pulangkan duit tu dengan seberapa segera (bagi la tempoh 3 hari ke, seminggu ke), korang akan buat report polis dan salinan report polis akan diserahkan kepada Ketua mereka, dan juga akan dibawa ke peringkat lebih tinggi. Beritahu diorg yg anda akan buat press conference (walaupun sebenarnya tak nak buat pun). Beritahu mereka juga yg semua ini akan menjejaskan kredibiliti mereka dan mereka boleh didakwa di mahkamah atas kesalahan menipu dengan niat. Insya Allah, bila mereka kena psiko macam gini, mereka akan cari cara utk pulangkan balik duit tu. Yg penting, kena pandai psikokan diorg balik. Kalau tak jalan juga, buat jer report polis dan usahakan sehingga dapat duit tu balik. Jangan lupa sertakan sekali salinan bank draft tu dlm report polis semasa ke balai dan sebarang dokumen/bukti2 lain yg ada.
 
seminggu mana cukup utk buat cek..
kerani dia cuti raya berminggu2.. lepas tu dorg sibuk buat jamuan raya utk dato-datuk.. tan sri .. YB-YB.. lepas tu sambung pula buat majlis hari malaysia.. kempen kibar jalur gemilang.. :D
lepas tu bos pula cuti.. tak dpt sain cek..
lepas tu kerani pula cuti hantar saudara ke mekah..
mujur polis tak cuti.. :D
 
Apa citer ni tt?? Senyap jer.. Nak tau gak apa kesudahannya..
 
dah kecoh 1 ofis kesedar gua musang sbb ayah aku report kat kementerian luar bandar.. alhamdulillah esok or lusa boleh ambil cek smula termasuk semua org/syarikat lain yg pernah deposit duit sebelum ni..:)):))

lepas kena sound dgn org atas baru kelam kabut nak buat keja ek?sebelum ni banyak sangat cekadak..alasan ntah ape2.bila dah kena sound, ada pulak org yg nak tolong sign cek tu..wan johan dah panas telinga kot kena marah kat bos..:)):))

alhamdulillahirobbilalamin
 
bagus mcm nie...usaha yang breterusan mmg diorang akan kalah gak..diorang fikir...ngelak2 bro patah semangat..tapi tidak..

syabas inspektor shahab:)paid:)paid
 
dah kira selesailah masalah nih..
jadikan pengajaran...
tp yg sponsor tiket k.terbang tu tak brapa bekenan nak baca..
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register