BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Carlsberg Al-Hadhari

protozuaqs

Super Active Member
Messages
9,755
Joined
Oct 11, 2007
Messages
9,755
Reaction score
131
Points
83
nutrimalt.gif

carlsberg.JPG

Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Beer tanpa alkohol.


Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge FinancialDaily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam disana. Tiada sebarang logo halal akan diletakan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini.

Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana.

Langkah Kerajaan Malaysia menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi jualan syarikat ini yang kini mensasarkan Malaysia sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia.

Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh 'negara Islam' yang berjaya. Hakikatnya Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini.

Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia.

Di akui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di Malaysia ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di Malaysia menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan.

Jumlah pengeluaran arak di Malaysia sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar prinsip agama Islam .

"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya. "
http://melayubestari.blogspot.com/2007/05/carlsberg-keluarkan-beer-tanpa-alkohol.html

Sebelum ni dah ada kat CG tentang arak jenis ni,tp sekadar menyuruh umat islam malaysia berhati-hati supaya tidak terbeli bende ni.
Tapi persoalannya,apa tindakan sekarang yg dilakukan oleh kerajaan Islam Hadhari mengenai kes ni???
 
adess lawak la pulak carlsberg hardhari...hahaha
 
bg peringatan dah la..

cam x patut kait ngan hadhari...x perlu dipolitikkan.
 
adehhh...tajuk xbleh blah... arak pun ada hadhari jugak....
 
Hahaha......bagus gak boh hadhari. Kalau agama diaorg boleh tunggang terbalikkan ikut kepala lutut sendiri..apatah lagi benda haram jadah ni.
 
Bagi yang UMNO PEKAK BADAK, Hadhari x ada dlm kamus dewan. Tak salah kalau diCarlsbergkan. Hadhari ni ciptaan UMNO PEKAK BADAK. dia sahaja yang tahu tafsir.
 
hhahaha..... ini lah islam hadhari !! masjid pon kristal !
 
Sebelum ni dah ada kat CG tentang arak jenis ni,tp sekadar menyuruh umat islam malaysia berhati-hati supaya tidak terbeli bende ni.
Tapi persoalannya,apa tindakan sekarang yg dilakukan oleh kerajaan Islam Hadhari mengenai kes ni???

nak tau...sapa dulu yang luluskan kilang arak jadah ni kat shah alam nih....satu lagi area sg way...
 
mungkin sbb ni ler kaum tu takut kat hukum hudud.
 
Back
Top
Log in Register