BTC USD 82,355.0 Gold USD 4,157.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Carigold Ganu

Gaji penjaga tandas MPK RM1,500 sebulan
KUALA TERENGGANU 12 Nov. - Ketika 495,500 penduduk di negara ini terpaksa hidup dengan pendapatan di bawah RM1,000 sebulan, penjaga tandas Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) lebih bernasib baik apabila menerima gaji RM1,500 sebulan.

Bukan itu saja, mereka turut menerima pendapatan tambahan berupa komisen daripada bayaran yang dikenakan terhadap orang ramai yang mahu menggunakan kemudahan awam berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, gaji RM1,500 yang diberi kepada penjaga tandas MPK adalah bagi memastikan tahap kebersihan kemudahan awam itu terpelihara.

''Sebanyak RM10 juta setahun diperuntukkan untuk kerja pembersihan di kawasan majlis perbandaran ini," katanya di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany mendedahkan bahawa 495,500 isi rumah di Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 secara keseluruhannya.

Daripada jumlah itu, kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar yang terpaksa hidup dengan pendapatan berkenaan iaitu sebanyak 301,000 isi rumah.

Kaum lain yang isu rumah berpendapatan bawah RM1,000 ialah Cina (50,900), India (29,000), Kadazan (29,300), Orang Asli (7,500) dan lain-lain (78,800).

Menurut Ahmad, peruntukan RM10 juta setahun untuk kerja pembersihan di kawasan MPK menampakkan hasil apabila ia dipilih sebagai kawasan terbersih di Terengganu dalam pertandingan kebersihan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diadakan baru-baru ini.

Katanya, peruntukan berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh MPK yang merupakan PBT berpendapatan paling tinggi di negeri ini.

Beliau memberitahu, enam lagi PBT di Terengganu ialah Majlis Perbandaran Dungun, Majlis Daerah Marang, Majlis Daerah Setiu, Majlis Daerah Besut, Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
( sumber = utusang malesia 20/11/2008 )

...napok gaye kena balik kampong tukor profesion tobat pung!....:D
 
tidor agi napok gayenya..takdok sorang pong sining..nok wat guane starang..:D
 
Back
Top
Log in Register