BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cari kepah, jumpa mayat

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
Cari kepah, jumpa mayat
FB_IMG_1694781419330.jpg
FB_IMG_1694781423176.jpg
FB_IMG_1694781425222.jpg

Sabak Bernam: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terdampar di Pantai Siput Bumi Hijau, Sungai Air Tawar, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, mayat disyaki warga asing itu ditemui orang awam yang menemani ibunya mencari kepah di kawasan terbabit.

Beliau berkata, polis menerima panggilan, 10.45 pagi tadi sebelum ke lokasi kejadian.

"Saksi dan ibunya mengatakan semasa sedang berjalan kaki mencari kepah di kawasan tersebut, (mereka) terhidu bau busuk.

"Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar terlihat satu badan manusia berada di atas pasir pantai dalam keadaan terbaring dan dihurungi lalat.

"Saksi seterusnya segera berhubung dengan pihak polis sebagai pemakluman," katanya ketika dihubungi, hari ini.

"Tiada sebarang pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan tidak dijumpai sebarang senjata atau objek mencurigakan di kawasan si mati dijumpai," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas badan mangsa didapati tiada kesan kecederaan dan luka pada fizikal selain tiada kesan suntikan BCG.

"M4yat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

"Kertas siasatan mati mengejut dibuka sehingga hasil bedah siasat diperolehi," katanya.
 
Back
Top
Log in Register