TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR - Jurulatih Cardiff City, Malky Mackay berharap agar pemain Malaysia dapat meneruskan kesinambungan Safee Sali dan Safiq Rahim yang menjalani ujian bersama kelab tersebut tahun lalu.
Menurutnya, Cardiff sentiasa mengalukan kedatangan pemain negara ini seperti mana yang dilakukan oleh kedua-dua pemain tersebut yang berjaya mengharungi setiap latihan yang dijalankan.
"Mereka berjaya menyesuaikan diri dengan baik, saya berharap kedua-duanya akan datang semula tetapi buat masa sekarang mungkin mereka berdepan dengan kesukaran termasuk untuk mendapatkan permit," katanya pada sidang media pelancaran Logo 1Malaysia Cardiff City (1MCC), semalam.
Jelasnya, selain mengharapkan kedua-dua pemain tersebut datang semula mereka tetap mengharapkan ada pemain muda yang tampil menjalani ujian kerana Malaysia tidak ketandusan bakat dalam sukan bola sepak.
"Saya mahu mereka (pemain muda) mengharungi seperti mana yang dilakukan oleh Safee dan Safiq, yang dapat menyesuaikan diri dengan baik tetapi malangnya kedua-dua mereka mempunyai komitmen dengan pasukan masing-masing," katanya.