Bagi pesakit yang tidak boleh bergerak disebabkan oleh kesakitan atau rawatan dan tidak ada orang yang membantunya berwudu’ / bertayammum maka mereka dikehendaki solat seperti biasa bagi menghormati waktu tanpa wudu’ / tayammum dan tanpa mengadap kiblat mengikut kemampuan. Solat-solat menghormati waktu wajib diqada’ secepat mungkin apabila sembuh atau keadaan mengizinkan. Sekiranya mereka meninggal dunia dalam keadaan belum sempat mengqada’nya maka mereka dikira sudah melaksanakan kewajipan dan tidak berdosa.
Bagi pesakit-pesakit yang boleh bergerak atau dalam keadaan mengizinkan ,mereka hendaklah berusaha berwudu’ / bertayammum. Cara berwudu’ /bertayammum adalah seperti berikut:
A. Bagi pesakit yang sebahagian mukanya tidak boleh kena air.
Cara pertama:
a. Berniat mengambil wudu’ .
b. Membasuh muka yang sihat dan sapukan air di atas pembalut /
plaster.
c. Bertayammum bagi menggantikan tempat yang tidak boleh
kena air.
d. Membasuh tangan hingga ke siku, menyapu kepala dan
membasuh kaki.
Cara kedua:
a. Dimulakan dengan tayammum .
b. Berwudu’ seperti biasa pada anggota yang sihat dan
menyapu air pada anggota wudu’ yang sakit.
B. Bagi pesakit yang keseluruhan mukanya tidak boleh kena air dan debu.
Cara pertama:
a.Berniat bertayammum semasa mengangkat tangan untuk menyapu debu ke anggota tangan.
b.Menyapu tangan sehingga selesai.
Cara kedua :
a.Berniat wudu’ semasa membasuh tangan.
b.Membasuh tangan hingga siku.
c.Menyapu kepala.
d.Membasuh kaki.
C. Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air.
Cara pertama
a.Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
b.Membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas
tangan yang berbalut.
c.Bertayammum.
d.Menyambung wudu’ dengan menyapu air ke kepala.
e.Membasuh dua kaki.
Cara kedua:
a. Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
b. Bertayammum dengan menyapu debu ke muka dan
menyapu debu ke tangan hingga selesai.
c. Menyambung wudu’ dengan membasuh tangan yang
sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
d. Menyapu air ke kepala.
e. Membasuh kaki.
D. Bagi pesakit yang kepalanya berbalut.
a.Niat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
b.Membasuh muka.
c.Membasuh tangan.
d.Jika tidak ada sedikit ruang kepala yang boleh disapu maka
hendaklah bertayammum.
e.Menyambung wudu’ dengan menyapu air di atas pembalut kepala.
f.Membasuh kaki.
E. Bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak boleh kena air
Cara pertama
a.Berniat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
b.Membasuh tangan.
c.Menyapu kepala.
d.Bertayammum.
e.Menyambung wudu’ dengan membasuh kaki yang sihat dan
menyapu air di atas balutan kaki.
Cara kedua
a Berniat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
b Membasuh tangan.
c Menyapu kepala .
d Membasuh kaki yang sihat dan menyapu air di atas balutan kaki.
e Bertayammum.
Perhatian
Bagi pesakit yang mukanya tidak boleh kena air Solat wajib diqada’ kerana muka adalah anggota tayammum yang tidak dapat disempurnakan.
Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air Solat wajib diqada’ kerana tangan adalah anggota wudu’ dan tayammum yang tidak dapat disempurnakan.
Bagi pesakit yang kepalanya tidak boleh kena air Solat tidak wajib diqada’ jika pembalutnya tidak meliputi had kepala yang memadai sapu .
Bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak boleh kena air Solat tidak wajib diqada’ jika pembalut itu tidak melebihi had yang diperlukan.
sumber: http://tahajjud.net/cara-wudhu-ketika-sakit/