BTC USD 82,938.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara penjagaan sistem brek.

rasyid9449

Active+ Member
Messages
3,500
Joined
Jul 10, 2009
Messages
3,500
Reaction score
80
Points
30
Cara penjagaan sistem brek.



1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol
minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum
dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK
BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.



2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita,
periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira
kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta
mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek
kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak
sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa
kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek
drum.



3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau
apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian,
minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana
kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek
kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.



4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul
spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang
mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan
berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta
berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan
minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan
mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.



5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta
mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak
menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum
kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang
pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang
berkesan.


6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku
kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek
dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal
pelapik brek.


7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus
daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda
lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.


Pandu dengan selamat ingatlah orang yang tersayang... jgn lupe periksa brek kereta anda....
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Jom kenali minyak brek kereta anda.

Minyak brek dgn minyak klac adalah myk hidraulik yg sama. Utk mengatahui jenis minyak brek anda boleh lihat di penutup bekas minyak brek. DOT3,DOT4, atau DOT5. D.O.T adalah kiraan kepekatan minyak brek yg akan memberikan perbezaan semasa membrek.
Terlalu pekat--->brek terlalu cengkam
Terlalu cair--->brek mcm kurang mkn
Dalam pasaran domestic DOT3 dan DOT 4 lebih sesuai digunakan utk kenderaan.
Dari proses pembuatan DOT3 dan DOT4 dipanggil cecair polyglycol. DOT5 lebih kpd silikon.
DOT3=adalah heavy duty variation
kerana pembuatannya lebih bermutu
tinggi.
DOT4 dan DOT5 boleh bertahan pada suhu yg lebih tinggi.
Tempoh utk menggantikan minyak brek disyorkan setiap 2 tahun ( 30000-40000km).
DOT3= bagus
DOT4= lebih bagus
DOT5= paling bagus
(D.O.T= department of transportation)
Last sekali JANGAN gunakan DOT3 pada kenderaan DOT4. Tetapi anda boleh gunakan DOT4 pd kenderaan DOT3. DOT3 biasanya digunakan pada kereta yg mempunyai brek disc di depan dan brek drum di blkg. DOT4 utk kereta mempunyai sistem 4 roda disc dan berkuasa tinggi. Kedua-dua minyak brek tersebut tidak boleh dicampur dalam satu sistem. Kesilapan menggunakan myk brek blh menyebabkan keseluruhan sistem brek kereta akan mengalami kerosakan terutama pada seal yg diperbuat dari getah. Sekian terima kasih dan selamat beramal.

credit to zordaq motorsport.






jom layan video mcm mne nak jaga sistem brek kita.:D semoga bermanfaat.​
 
Last edited:
Macam mana dengan pertukaran minyak brek?
Selalu berapa lama kita kene tukar minyak? Selepas 100k?
Sila komen.
 
Macam mana dengan pertukaran minyak brek?
Selalu berapa lama kita kene tukar minyak? Selepas 100k?
Sila komen.

minyak brake tukar 20 ribu km..kasi buang habis..setengah kedai ade alat penyedut utk sedut baki2 minyak brake yg tertinggal kat dalam hos..pastu masuk minyak baru..kalu x pandai hantar jer kedai..
 
takyah cek level tu minyak kat botol brek tu selalu...

lampu handbrek akan menyala,jika handbrek dilepaskan.....tu bagi kereta lama..
klau kereta baru samaada lampu handbrek tu nyala atau lampu kuning enjin tu..

tapi klau gear auto pakai handbrek jenis pedal kat kaki tu...itu kena ceklah kat botol minyak kat enjin tu..
 
gud info ni...tq tt...

psst- tt nie keje mekanik ke dulu?
 
mana tt nie jawab jawab...jgn tak jawab..ramai nak tau jawapannya..:D
 
Back
Top
Log in Register