BTC USD 84,141.7 Gold USD 4,132.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

cara nak menanam uri

david.cronenberg

Active+ Member
gem
Messages
3,763
Joined
Nov 14, 2011
Messages
3,763
Reaction score
27
Points
371
Antara upacara karut yang masih dilakukan sewaktu menanam uri ialah:

1.Cuci uri itu dengan sempurna sehingga tiada bahagian yang tidak dicuci atau darah masih tertinggal.
Kemudian rendamkan uri tersebut seketika di dalam air garam jantan (garam kasar).

2. Bersihkan kembali uri tersebut dengan air biasa.
Masukkan uri tersebut ke dalam tempurung kelapa yang hampir sempurna.

3.Letakkan pen, buku atau apa-apa barang yang kita mahu anak kita dikaitkan apabila besar. Buku atau pen untuk mendapatkan anak yang pandai.

4. Bungkus tempurung tadi dengan kain putih.Tanam sedalam sekurang-kurangnya 1 kaki di tempat-tempat yang jarang dipijak.

5. Tanam berdekatan anjung rumah untuk bayi lelaki atau berdekatan dapur untuk bayi perempuan (kononnya nanti pandai memasak).

6. Apabila tiba malam, nyalakan unggun api/pelita/lilin atau apa-apa yang seumpamanya di atas permukaan tanah tempat uri tadi ditanam untuk 2 minggu supaya bayi tidak kembung perut.

7. Letak lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat.

HUKUM MENANAM URI MENGIKUT ISLAM

1. Hukum menanam uri adalah HARUS.

2. Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

3. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

wallahu' allam.
 
benda karut ni 1st time lak dgar :))

dlu ank aku, basuh2 smpi hlg darah (supaya binatang dpt hidu atau korek balik uri tu) lps tu tanam dalam2 skit. smbil tu selawat la supaya pahala tu dpt gk kt ank kita. :)
 
upacara karut tu selagi tak dibuktikan haram, boleh je buat..
aku pun dulu basuh bagai nak rak..sampai hilang darah..
lepas tu balut dengan kain putih..
tapi takdela tanam sekali dgn pen, buku bagai..
tanam pun ikut tanah mana yang sesuai..
 
da 3 kali aku tanam uri anak2 aku.....
:):):)
 
tkg urut ckp kena tanam bawah tangga mesjid, tp skang mane der mesjid tangga kayu..heee
 
ambe lak 2 kali tanam uri anak. Yang pertama tak sempat nak tgk. Yang kedua ... tolong mak mertua.
 
kekeke...mende2 karut ni den dgr time tanam uri anak 1st...
malas nk melayan...
 
Anak yg ketiga aku tanam sendiri. Basuh bersih pastu balut kain pastu letak asam sket bagi cover bau. Tanam dekat dekat rumah je. Rumah teres, so mana yg ada la
 
Tujuan basuh tuh utk mengelakkan bau yg kuat kat uri tuh ... Bab2 lain tuh mmg mengarut
 
thx info.. mana tau mandfaat untuk kedepan ni
 
Back
Top
Log in Register