BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara mudah bina website

ilhamic

Super Active Member
Messages
7,370
Joined
Dec 13, 2009
Messages
7,370
Reaction score
52
Points
70
Pada kali ini saya akan berkongsi cara mudah untuk membina web yang nampak profesional tapi dengan cara yang amat mudah, warga emas juga mampu untuk kendalikan jika sudah mahir tentang m.word, facebook dan sebagainya, jika tiada basic langsung agak susah untuk memahaminya. Baiklah saya tidak mahu berceloteh panjang lebar. Pernahkah anda mengunjungi web profesional? Dibawah ini saya berikan beberapa contoh yang pada pandangan saya sudah profesional. Sebenarnya tidak susah untuk membangunkan web tersebut.

Ikuti tiga (3) langkah mudah saya akan bongkarkan satu persatu dibawah ini.

Baiklah, dibawah ini saya sediakan panduan mudah untuk membina web yang tampak profesional. Dengan kos modal bernilai RM 60 sahaja untuk setahun. Baca panduan dibawah dengan teliti dari A hingga Z.

PERTAMA:

Buat pembelian hosting dan domain, jika anda belum tahu apa itu domain dan hosting saya akan terangkan serba sedikit dengan contoh mudah. Hosting diibaratkan sebagai rumah yang akan menyimpan data atau fail berkenaan web anda dan bagi domain pula senang kata sebagai alamat rumah anda, atau alamat web anda contohnya www.ilhamic.com

Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini, bagi cadangan saya anda boleh dapatkan domain dan hosting dengan syarikat dibawah ini. Mereka menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan kos yang amat rendah dan bermutu. Serta , anda hanya perlu buat pembayaran hosting sahaja, domain diberikan PERCUMA.

Sila klik pada banner dibawah ini.

Buat pembelian dengan cara dibawah ini.

Pilih laman ‘hosting’ -> pilih pakej ‘my silver ‘-> order now -> tick ‘I want NetKL Hosting to register a new domain for me’ -> masukkan nama domain pilihan anda -> jikalau avalaible, pilih click to continue -> add to cart -> dan terus ikut seperti arahan web tersebut.

KEDUA:

Langkah kedua apabila anda sudah membuat pembayaran, nantikan emel pengesahan dan butiran bagi akses ke laman cpanel anda. Laman ini adalah laman teknikal dibelakang tabir web baru anda. Dilaman cpanel ini hanya dengan sekali setting mudah sahaja. Maklumat akses untuk ke laman cpanel ini diberikan dalam emel yang dihantar oleh syarikat penyedia hosting dan domain.

Dibawah ini merupakan contoh paparan laman cpanel.

Kemudian klik dan install perkataan wordpress seperti diatas, dengan sistem wordpress ini memudahkan anda untuk mengedit hanya seperti m.word dan power point.

Apabila sudah install masukkan sedikit maklumat berkenaan web baru anda.

KETIGA:

Kemudian, anda tidak perlu lagi untuk login di laman cpanel yang agak teknikal ini. Disini saya berikan link yang akan memudahkan anda untuk mengedit web anda tersebut.

Contoh link tersebut ialah -> http:///www.namawebanda.com/wp-admin

Seterusnya, anda masukkan username dan password.

Web anda sudah 80 peratus siap, tinggal sahaja untuk menginstall theme yang terbaik dan tampak profesional, pada siri akan datang saya akan sediakan post berkenaan tersebut. Dan akan dikemaskini disini.

Maklumat detail bersama panduan gambar di web -> www.ilhamic.com
 
Back
Top
Log in Register