BTC USD 43,486.7 Gold USD 1,750.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC Tips & Tricks Cara Mencipta Sejumlah "Folder" Dengan Serentak Pada PC

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,669
Reaction score
4,162
Points
236
Kepada anda yang ingin mencipta sejumlah folder yang banyak dengan menggunakan windows, sememangnya agak leceh kerana perlu menciptanya secara satu persatu. Berikut kami kongsikan alternatif pantas yang boleh anda cuba untuk menghasilkan sejumlah folder dengan pantas secara serentak pada PC.

Pertama sekali masuk ke tetingkap CMD.

Opening-Command-Prompt-from-Windows-Search.png


Kemudian pilih lokasi untuk anda simpan folder tersebut dengan memasukkan kod lokasi selepas kod "cd"

Change-Directories-in-Command-Prompt.png


Seterusnya untuk mencipta sejumlah folder yang diinginkan, masukkan kod "md" disusuli dengan nama folder yang anda inginkan seperti berikut.

Multiple-Folders-Command-Example-in-Command-Prompt.png


Selesai, buka lokasi yang anda tetapkan sebentar tadi, maka akan terpapar semua folder yang telah dicipta.

New-Folders-with-CMD-in-Windows-Explorer.png

Itulah sahaja sedikit perkongsian kali ini, semoga bermanfaat ..
 

CG Sponsors




Top
Log in Register