BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara menanam tauge

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Sayur tauge mudah didapati di kedai-kedai makan sebagai salah satu daripada juadah masakan pilihan pelanggan. Tahukah kamu bagaimana tauge ditanam? Mari kita tengok......

Bahan yang diperlukan;

1) Kacang hitam atau kacang buah pinggang
2) Plaster of paris (POP)- pilih jenis boleh di makan
3) Protein A atau air sontoso
4) Baldi atau Besen
5) Kalsium
6) Sodium Hydro

Langkah penyediaan;

1 - Rendamkan kacang hitam semalaman, kemudian toskan airnya dan gaulkan bersama plaster of paris (POP), masukkan kedalam baldi atau besin dan biarkan sehingga kacang tersebut mengeluarkan benih.

2 - Keesokkan hari, insayaallah kacang akan mengeluarkan benih. Setelah benih keluar lakukan kaedah ini untuk setiap 4 jam;
i) Campur 25ml Protein A atau Air Sontoso kedalam 2.5 liter air. Masukkan kedalam alat penyembur. Untuk tempoh 24jam dan 36 jam, sembur bancuhan tadi keatas benih tauge beselang-seli setiap 4-6 jam sekali
ii) Untuk tempoh 48 jam, campur 15ml Protein A atau Air Sontoso dengan 2.5 liter dan sembur keatas benih-benih tersebut.

3 - Selepas 50 jam, benih sudah boleh dituai dan dibasuh untuk dimakan sebagai tauge segar. Pada waktu ini, tauge tersebut kelihatan kekuningan.

4 - Untuk jualan dan menjadikan tauge tersebut kerapuhan, masukkan sesudu kalsium bersama air, basuhkan tauge tersebut dan toskan airnya.

5 - Untuk menjadikan tauge tersebut putih melepak, masukkan sesudu teh sodium hydro, basuhkan tauge tersebut dan toskan airnya.

Nota :
* Plaster of paris (POP) bersifat panas dan merangsang benih supaya cepat keluar.

** Material properties untuk kalsium tidak dapat dikenal pasti. Kebanyakan kalsium diperbuat daripada bahan-bahan seperti tulang binatang dan kulit siput atau kerang

*** Sodium hydro juga digunakan sebagai pememutih lantai. Kebanyakkan digunakan oleh cleaning services utk memutihkan lantai dan mangkuk tandas murah berbanding dgn Clorox)

Selamat mencuba......
 
senang jerk buat..takyah gi beli kt kedai...buat sendiri kt umah je..
 
Sekarang togey sekilo brapa sen yer? rasa kalau nak jual, tak padan...
 
macam senang je nak buat.. kat nama nak cari sumer bahan2nya..
 
macam senang je nak buat.. kat nama nak cari sumer bahan2nya..

Hujung bulan nie aku pi kursus ngan otai buat produk2 kesihatan macam bulm serai, minyak serai dan sebagainya...nanti aku kasi tau kat mana leh dapat bahan2 tu...tapi kalau carik kat mudah ada company jual set tanam taugeh...RM350 1 set kalau tak silap
 
Back
Top
Log in Register