PC Tips & Tricks Cara Memulakan Nombor Halaman Di Mana Saja Dalam Microsoft Word

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Memasukkan nombor halaman (page numbers) dalam Microsoft Word adalah satu perkara yang sangat mudah. Namun, perkara ini menjadi rumit bagi sesetengah individu apabila ingin memulakan nombor pada halaman tertentu. Berikut kami kongsikan cara bagaimana hendak memasukkan nombor halaman pada bahagian tertentu.

Terlebih dahulu, pergi ke halaman yang ingin dimulakan dengan nombor halaman. Klik pada layout>breaks>next page.

Screenshot-31.png


Kemudian klik pada layout>page setup dan pilih This point forward pada tetapan ini.

word.png


Kemudian, pada tetapan insert, klik pada page number dan pilih kedudukan nombor halaman yang diingini.

word-2.png


Seterusnya, paparan header dan footer akan keluar. Anda perlu pilih page number>format page number. Pada kebiasaannya, halaman selepas muka hadapan akan guna format nombor roman.

word-3.png


Setelah nombor tersebut terpapar, anda perlu klik nombor pada halaman ini dan klik link to previous. Ia bertujuan agar anda boleh membuang nombor pada halaman sebelumnya.

word-4.png
Klik link to previous
Delete-page-number-e1603359106515.jpg
Delete nombor pada halaman ini
Screenshot-25-e1603359227827.png
Nombor halaman yang telah dibuang
Selepas itu, jika anda ingin menggunakan format nombor halaman yang lain, anda boleh ulangi daripada langkah awal tadi. Layout>Page Setup>Apply to: This point forward.

word-7.png


Klik pada nombor halaman yang baru itu dan ubah format nombor kepada yang lain seperti di bawah. Halaman seterusnya akan mengikut format nombor baru yang ditukar.

word-8.png


word-9.png


Format nombor yang baru
Itu sahaja yang dapat dikongsikan pada kali ini. Semoga ia berguna dan bermanfaat ketika melakukan sebarang tugasan. Selamat mencuba ..​
 
Top
Log in Register