BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC Tips & Tricks Cara Membesarkan Saiz Resolusi Foto Tanpa "Pecah"

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Foto yang beresolusi rendah sekiranya diperbesarkan secara paksa boleh menyebabkan gambar tersebut kelihatan pecah ataupun "rosak". Berikut dikongsikan satu kaedah mudah untuk menambahkan saiz resolusi foto tanpa merosakkan gambar tersebut. Kaedah ini kami temui dariapda satu laman sesawang dari Jepun dan ianya sangat berkesan. Ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1
Pertama sekali masuk ke laman sesawang waifu2x dengan menggunakan pautan dibawah http://waifu2x.udp.jp/

Langkah 2
Setelah masuk laman tersebut, apa yang perlu dilakukan ialah dengan memilih foto atau gambar yang ingin dibesarkan resolusinya dengan menekan butang Choose File.
1-4.jpg

Langkah 3
Pada pilihan berikut, pilih berdasarkan jenis gambar yang ingin dibesarkan sama ada ianya sebuah lukisan ataupun gambar foto. Pada bahagian Noise reduction jangan di ubah apa-apa tetapan.
2-2.jpg

Langkah 4

Pada bahagian Upscaling, pilih kepada tetapan 2x. Seterusnya "tick" kan bahagian i'm not a robot. Kemudian klik pada butang Convert dan tunggu sehingga prosesnya selesai. Untuk makluman anda, proses yang diambil agak sedikit memakan masa, apa yang perlu dibuat ialah tunggu sehingga selesai.
3-2.jpg
 
Back
Top
Log in Register