BTC USD 66,689.3 Gold USD 2,407.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Lenovo LOQ 15IRH8 - 'Laptop Gaming' Tak Perlu Pecah Tabung

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,784
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,784
Reaction score
6,532
Points
916
Awards
1
Pada pertengahan Jun 2023 lalu, Lenovo telah pun melancarkan barisan siri komputer riba terbarunya untuk pasaran tempatan. Salah satunya adalah siri Lenovo LOQ yang disasarkan untuk pemain baharu yang baru nak berjinak-jinak dengan permainan komputer. Untuk kali ini, Wiser berpeluang menguji sendiri model Lenovo LOQ 15IRH8.

Spesifikasi

Lenovo LOQ 15IRH8 dilengkapi skrin IPS 15.6 inci anti silau (2560 x 1440) dengan kadar segar semula setinggi 165Hz. Dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7 Gen-13 (13620H) dan dipadankan dengan kuasa grafik dari NVIDIA GeForce RTX 4050, sekaligus menjadikan ia sebuah komputer riba permulaan yang sesuai untuk pemain baharu. RAM pula boleh dinaik taraf sehingga 16GB DDR5-5200 dan saiz storan sehingga 1TB.

IMG_9301.jpg

Yang best tentang Lenovo LOQ 15IRH8

Selain daripada kuasa pemprosesan terbaru dan berprestasi, apa yang menjadikan Lenovo LOQ ini best adalah skrin anti silaunya dengan kadar segar yang tinggi iaitu 165Hz. Jadi, apabila bermain permainan komputer dengannya tiada gangguan silau serta visual permainan yang dipaparkan juga berkualiti.

IMG_9326-2.jpg


IMG_9320.jpg


IMG_9306.jpg


Isu bunyi kipas dari sistem penyejukkannya pula bukanlah satu isu kerana bunyinya tidak begitu kuat. Malah ketika menggunakan untuk aktiviti biasa seperti menaip dan strim video, bunyi dari kipas langsung tidak kedengaran. Ini bermakna sistem penyejukkannya begitu baik sekali. Selain itu, mengecas komputer riba ini juga pantas kerana ia dilengkapi dengan pengecas berkuasa 170W yang membolehkan bateri Lenovo LOQ ini dicas penuh sekitar 45 minit sahaja.

IMG_9319.jpg

Yang tak best dengan Lenovo LOQ 15IRH8

Sepanjang menggunakan dan menguji komputer riba ini, tiada sebarang isu kritikal yang menyebabkan gangguan pada prestasi Lenovo LOQ. Tetapi berlaku beberapa insiden kecil menjengkelkan yang sedikit sebanyak menganggu keseronokkan ketika menggunakan komputer riba ini. Sebagai contoh adalah berlaku gangguan pada sistem operasi Windows yang secara tiba-tiba memaparkan skrin biru dan restart. Isu ini pastinya berpunca daripada sistem operasi Windows yang tidak stabil. Tapi apabila dikemas kini kepada versi terkini, isu tersebut berjaya diselesikan. Satu lagi isu adalah trackpad yang tidak lancar dan agak menjengkelkan serta rekaan kedudukan papan kekunci, khususnya kekunci arah.

IMG_9312-2.jpg


Sebagai sebuah komputer riba permainan berprestasi, bateri Lenovo LOQ ini tidaklah mampu bertahan berjam-jam lamanya. Malah ketika menggunakannya dalam mod penjimatan bateri, Lenovo LOQ hanya mampu bertahan sekitar 4 jam sahaja. Jadi, jika anda ingin bermain permainan komputer di komputer riba ini, sebaiknya sambungkan sahaja dengan pengecas kuasanya.

IMG_9323.jpg

Kesimpulan

Selepas hampir 2 minggu menguji sendiri Lenovo LOQ 15IRH8, apa yang boleh disimpulkan adalah ia merupakan sebuah komputer riba permainan permulaaan yang sesuai untuk mereka yang mencari sebuah komputer riba berprestasi tetapi masih mampu dimiliki. Isu-isu yang dihadapi pula adalah minor dan mungkin bukanlah satu isu besar pada sebahagian pengguna. Siri Lenovo LOQ 15 ini ditawarkan dalam 2 versi iaitu versi Intel (Lenovo LOQ 15IRH8) dan AMD (Lenovo LOQ 15APH8) dengan harga jualannya bermula dari RM3,699.
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register