BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara melupuskan harta haram?

gadgetmall

Super Active Member
Messages
7,064
Joined
Oct 27, 2008
Messages
7,064
Reaction score
34
Points
70
Mohon sertakan beberapa pandangan ahli agama yg pakar dlm bab ini.
Byk yg aku jumpa hal lupuskan wang.

Tapi kalau harta berbentuk fizikal mcm mana?
Harta dibeli dari sumber judi.

Jam tangan.

Patut kah buang sahaja? Harga ratus2.

Sebolehnya aku nak dermakan je.
Tp ini bukan wang.

Mohon share pandangan
Ty
 
jual bid/ jual kat mudah... jangan rugi banyak sangat dari penjualan tersebut.. duit tu buat sedekah
 
eloknya bagi pada org yg memerlukan..jgn niat tuk sederkah..bagi je tanpa segan silu...
 
taubat.. jualkan harta tersebut dan sedekahkanlah... Itu caranya...
 
Benda haram hakiki wajib dilupuskan seperti daging khinzir walaupun membeli dari sumber yang halal.

Dari pertanyaan saudara, jam tangan yang saudara miliki adalah dikategorikan sebagai barangan haram bersyarat iaitu haram ke atas saudara sahaja tetapi tidak kepada orang lain.

Cara paling baik adalah memberi kepada sesiapa sahaja jam tersebut tanpa menyatakan sumber jam itu diperolehi. Ini kerana barangan tersebut tidaklah haram malahan memberi manfaat kepada orang lain. Sekiranya saudara merosakkannya, maka ia sesuatu pembaziran kerana merosakkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Saudara mungkin mengatakan bahawa bagaimana jam tangan yang haram itu boleh diberikan kepada orang lain. Ya, ia haram bersyarat iaitu haram kepada saudara sahaja kerana saudara membeli jam tangan tersebut dengan wang yang sumbernya haram. Tetapi barangan tersebut tidaklah dikategorikan sebagai barangan haram hakiki jadi ia boleh diberikan kepada orang lain atas dasar memberi manfaat kepada orang lain.

Harap membantu. Sekiranya terdapat pendapat yang lain, ia merupakan khilaf pendapat dan saudara boleh memilih pendapat mana yang saudara nak gunakan.
 
Ok nice.
Jual jam.
Tp mase sedekah xbole niat sedekah kan?
Bagi tanpa niat la mskd aku..
 
Ok nice.
Jual jam.
Tp mase sedekah xbole niat sedekah kan?
Bagi tanpa niat la mskd aku..

Niatnya mestilah ia memberi, bukannya menjual atau sedekah. Lain niatnya walaupun perlakuan transaksi daripada saudara kepada orang lain. :)
 
Back
Top
Log in Register