BTC USD 84,118.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara dan teknik menanam uri anak

cuci gune garam..asam jawa...limau tu mmg xde dlm hadis...sekadar petua nk hilangkn bau darah...supaya binatang xgali tmpt tanam uri....melainkan tuan larat nk gali lubang sedalam 5-7kaki...

Islam suke kebersihan n sebahagian dr islam...

ooo thanks bagi pencerahan bos..cuma takleh guna sabun ye
 
cuci gune garam..asam jawa...limau tu mmg xde dlm hadis...sekadar petua nk hilangkn bau darah...supaya binatang xgali tmpt tanam uri....melainkan tuan larat nk gali lubang sedalam 5-7kaki...

Islam suke kebersihan n sebahagian dr islam...

kalau betul2 ikut sunnah camne cara nak hilangkan bau darah ye?

kalau gali lubang 5-7 kaki caranya aku ikut cara tu lah
 
dulu pakcik aku tanamkan uri anak aku...aku kalau tengok uri tu, datang la pening-pening lalat aka nak pitam...hehehehe
 
terima kasih tt buat thread untuk jadi guideline
 
CARA+DAN+TEKNIK+MENANAM+URI+ANAK!.jpg


PETUA MENANAM URI ANAK | Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan mengenai cara pengurusan uri. Ada di antara mereka yang hanya meninggalkan uri anak mereka di hospital. Mempelajari cara menanam uri adalah sangat penting bagi ibu bapa khasnya ayah.

MENANAM URI ANAK


• Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

• Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

• Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

• Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.


Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.


Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.


http://www.mazeermohamad.com/2013/04/cara-dan-teknik-menanam-uri-anak.html

utk rujukan masa depan..tq
 
dulu pakcik aku tanamkan uri anak aku...aku kalau tengok uri tu, datang la pening-pening lalat aka nak pitam...hehehehe

:)) mmg ada org jenis pitam tengk benda pelik2 ni bro. den masa anak sulung pon suh mak den dok sebelah. jadi penguat semangat, jgn nk geli2 takut2 uri anak kau tu mak den kata :)paid
 
thanx tt.. leh praktis dulu pasni sbb org rumah jangka 23hb nih. huhuhuhu
 
terbaiklah tt...
bagus untuk aku yang bakal bergelar ayah...
bahan yang bernafaat untuk pengkongsian semua...
 
kedua-dua anak yg dilahirkan, aku yg uruskan sendiri uri² tu.first time agak was², tpi beranikan diri.Alhamdulillah, boleh buat semua tu.
masuk yg nombor dua, buat sorang² jaa.
dan InshaAllah, bulan 12, bakal nombor 3 akan menyusul.
kepada bakal² bapa, ambillah pengalaman ini.
-peace yor-
 
Alhamdulillah perkongsian ilmu yg terbaik hari ini...
Masa anak pertama, emak yg temankan dan bg panduan...yg basuh aku le. Yg kedua, buat sorang2 ja...cuma takde cuci dgn limau. Orang kata kalau bapa sendiri yg basuh, mmg anak manja dgn bapa...betul la tu agaknya.
 
Back
Top
Log in Register