BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Daftar Syarikat SDN BHD....

lizzqute

Super Active Member
Messages
9,786
Joined
Feb 8, 2010
Messages
9,786
Reaction score
59
Points
70
Salam semua.. Tujuan sy buka thread ni bertujuan untuk meminta bantuan pada sesiapa yang tahu cara-cara nak daftar syarikat SDN BHD... Mungkin boleh bagi tunjuk ajar sikit.... Sebabnyer, kebanyakkan orang hanya tau nak daftar enterprise.... Terima kasih... :D:D:D
 
betol tu.. kalau nak daftar Sdn bhd kene ader saketery.. bukan aper.. dh memamg wajib.. slalu kalau pergi kemana2 cawangan SSM, diaorg akan introkan dkat anda saketery..
 
ramai suka daftar enterprise sebab murah:D
ko buat bisnes ape,:-?

btol jugk.. dan lagi satu tgk atas bisnes gak.. kalau hanya perlu untuk enterprise, elok buat enterprise jerk dulu..
:D
 
ni info sikit..

Perbezaan Antara Enterprise Dan Sdn. Bhd Syarikat

* Enterprise adalah salah satu jenis organisasi perniagaan di Malaysia yang merupakan pembentukan terikat dengan undang-undang Pendaftaran Perniagaan. Ada dua jenis Enterprise - iaitu Perseorangan dan Perkongsian.



* Tidak ada status undang-undang bagi Enterprise kerana perniagaan persembahan satu orang di mana pemilik dan perniagaan dianggap sebagai satu kesatuan. Pemilik akan menjalankan perniagaan sendiri dan itulah sebab mengapa keberuntungan perniagaan bergantung pada seberapa baik dia menjalankan perniagaan. Setelah semua dana, upaya dan kerja keras yang ditujukan untuk perniagaan di pemilik kembali akan berhak untuk semua dari keuntungan bersih yang dihasilkan dari perniagaan sebagai hadiah. Tapi, satu hal yang perlu diingat adalah bahawa Enterprise tidak bertanggung jawab untuk membayar cukai, sebagai pendapatan semua akan dikenakan cukai peribadi kepada pemilik.



* Namun, untuk mempertahankan Enterprise tersebut menjadi lebih mudah dan lebih murah berbanding dengan Sdn Bhd kerana tidak ada kewajipan untuk menunjuk setiausaha dan melakukan akaun diaudit. Dan yang paling penting adalah bahawa hal itu tidak memerlukan legalitas lebih agar sesuai terutama ketika ia melibatkan peningkatan modal untuk perniagaan ini kerana tidak ada keperluan untuk memberitahu Panitera.



* Biasanya Enterprise, apakah pemilik tunggal atau perkongsian menjalankan perniagaan dalam industri kecil dan sederhana dibandingkan dengan Enterprise kerana risiko perniagaan yang lebih rendah, tetapi kesan tersebut profit margin kecil yang dihasilkan dari perniagaan. Salah satu alasan utama yang tersisa sebagai usaha kecil adalah kerana terbatasnya sumber dana. iaitu dari tabungan pemilik atau dari pinjaman. Itulah sebabnya kebanyakan orang menukar dari menjalankan Enterprise untuk Enterprise kerana di mana ada lebih banyak pilihan untuk mendapatkan dana untuk perniagaan.

:)cgrock
 
pergi ajer kt SSM kt mont kiara tuh, mintak borang 13A..

dan isi laa seadanya.. kalo x ada, adakan lah.. kalo tak tahu, tanya diorang..

setakat yg teman ingat, ada dua director, satu secretary, pengesahan capital, yuran rm3000 etc

skarang dah ada company yg provide servis registerkan sdn bhd nyer company.. try google :)
 
Hehehe... Takder la.. Sajer nak tanya.... Tengok diorg ada nama bisnes SDN BHD.... Nak tau gak apa kelebihannyer...... Bisnes belom ada lagi, tapi tengah planning nak buat ternakan lembu dan kambing kat kampung.... Mana la tau boleh marketkan apa saja yang ada pada lembu ngan kambeng tu.....
 
betol tu.. kalau nak daftar Sdn bhd kene ader saketery.. bukan aper.. dh memamg wajib.. slalu kalau pergi kemana2 cawangan SSM, diaorg akan introkan dkat anda saketery..

Maknenyer, kene ada modal gak la untuk secretary nih???? :-?:-?
 
Back
Top
Log in Register