ForexGirl
Active+ Member
- Messages
- 3,022
- Joined
- Oct 22, 2008
- Messages
- 3,022
- Reaction score
- 30
- Points
- 30
Askum..Sy nk berkongsi info ni utk u all..
Diriwayatkan oleh Abu Daud di mana Baginda s.a.w. bersabda yang maksudnya "apabila kamu memohon kepada Allah(berdoa) maka pintalah dengan perut perut tapak tangan kamu dan janganlah kamu memohon akan dia dengan belakang tangannya, kemudian janganlah kamu mengembalikan dia sehigga kamu menyapu dengannya akan muka kamu, maka sesungguhnya Allah menjadikan padanya berkat".
Maksud hadis berkenaan adalah jelas dan amat bertepatan dengan kaedah berdoa kerana ianya memang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Jika meminta sesuatu hendaklah dengan perut tapak tangan.
Jika meminta agar Allah menolak bala, maka terbalikkanlah tapak tangan (perut tapak tangan ke bawah). Ini berdasarkan sunnah baginda yang lain, yang digarap oleh para ulama.
"Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani menyebtkan di dalam Fathul Bari, para ulamak mengatakan bahawa mengikut sunnah doa yang diucapkan untuk menolak bala ialah mengangkat kedua tangan dengan menjadikan belakang telapak tangan ke atas (terbalikkan). Manakala apabila berdoa untuk mendapatkan sesuatu hendaklah dijadikan telapak tangan ke atas."
Para ulamak telah membahaskan mengenai masalah ini pada hadis-hadis mengenai doa ketika solat Istisqa atau sembahyang minta hujan.
Wallahu a’alam.
Ruj:
1. Fath al-Bari, Ibnu Hajar al-Asqalani
2. Syarah Muslim, al-Nawawi
3. Nail al-Authar, al-Shaukani
4. Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa Wa al-Ahkam, Athiah Saqr