BTC USD 84,268.9 Gold USD 4,157.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Asif Memindahkan Istana Balqis

ujangns

Fun Poster
Messages
157
Joined
Feb 14, 2010
Messages
157
Reaction score
50
Points
20
sufi9.jpg




Artikel ini adalah sebagai membahaskan hujah Muhammad Isa Dawud tentang penggunaan tenaga cahaya dalam operasi pemindahan Istana Balqis oleh Asif Bin Barqiya.

Artikel ini juga ingin menyatakan ‘tidak setuju’ akan pendapat bahawa Asif telah menggunakan tenaga cahaya. Hujah ini bukanlah kajian baru, tetapi hujah yang diambil dari kitab kajian-kajian ulama’-ulama’ tasawuf terdahulu.

Dalam bukunya (Muhammad Isa Dawud) yang bertajuk, “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda”, dengan panjang lebarnya menerangkan akan teknologi cahaya yang telah dicapai sejak zaman silam.

Penerangan ini mencakupi pelbagai sudut dan intipati bermula dari beberapa kiraan kelajuan cahaya, kenderaan UFO sehinggalah kepada kesimpulan bahawa Asif Bin Barqiya telah menggunakan cahaya.

(kami sendiri berasa hairan mengapa MID tidak menggunakan kitab tasawuf untuk membahas soal Asif bin Barqiya, mustahil beliau tidak mengetahui. Namun mungkin beliau ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat kita fikirkan. Mudah-mudahan Allah melimpahi rahmat dan kesihatan atasnya untuk terus menulis)

Sebenarnya Asif Bin Barqiya bukanlah seorang saintis, tetapi beliau adalah ahli sufi, ahli tasawuf dan pengamal tarekat dengan ilmu-ilmu laduni yang tak terkira banyaknya.

Biografi Asif Bin Barqiya hanya dapat diperoleh melalui kitab-kitab pengajian tasawuf dan kelas-kelas tarekat sama ada di Timur Tengah, Pattani, Malaysia atau Indonesia. Bagi sesiapa yang pernah menyertai kumpulan-kumpulan tarekat Shatriyah atau Ahmadiah, sudah pasti guru-guru tarekat tidak terlepas mendedahkan tentang hal Asif yang zuhud ini.

Bagaimana Asif Memindahkan Istana Balqis?

Sebelum menjawab soalan di atas adalah lebih baik kita renung semula ayat al-Quran berikut:

“Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”

“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”

“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (An-Namli, ayat 38-40)

Jawapannya ialah;
Cara Asif memindahkan Istana Balqis cukup mudah iaitu dengan niat di dalam hati sahaja. Walaupun Asif hanya sekadar berniat, tetapi “niat” yang dicetuskan dalam hati Asif tidak sama dengan cara kita orang biasa berniat.

Niat yang didetikkan oleh Asif sebenarnya “berkaedah”. Dan ia sejenis kaedah teknologi yang berkaitan amalan-amalan tarekat dalam ilmu tasawuf.

Niat beliau telah disokong oleh suatu teknologi tasawuf yang diberi nama Keramat Dunia Ke-19.

Dalam kitab Lum’atul Aurad karangan Wan Ali Bin Abdul Rahman Al-Kelantani ada membahaskan bahawa ketika Asif berniat ‘menghadirkan’ istana Balqis, Asif telah menyertakan sekali dalam niatnya kalimah “Yaa zaljalaa..liwal ikram…”.

Ulama’-ulama’ tasawuf keseluruhannya menyetujui bahawa martabat teknologi yang dimiliki Asif adalah antara tertinggi dikalangan manusia biasa (tidak termasuk Nabi & Rasul). Teknologi keramat Asif sudah berada di puncak teknologi tasawuf yang dinamakan capaian akhir “Kun fayakun”.

Perbahasan panjang lebar tentang martabat-martabat keramat seperti ini juga boleh didapati dalam kitab Syarah Hikam dan Sairus As-Salikin.

http://ibnuyaacob.com/?p=101
 
Teringat masa sekolah dulu ustaz cerita ttg Asif ni

Ifrit offer pindahkan singgahsana Ratu Balqis sebelum Nabi Sulaiman bangun dari singgahsana

Asif pulak offer within a glimpse (sekelip mata) pastu tengok2 dah sedia ada depan mata

Peristiwa ni membuktikan manusia lebih hebat dari jin dan makhluk2 lain sekiranya bertaqwa dan dekat kepada ALLAH

ifrit adalah golongan jin paling hebat,dan paling bijak dikalngan jin namun kehebatan jin tak dapat menandingi khalifah ALLAH iaitu manusia yangberiman dan bertaqwa

tq TT sbb share dgn kami ttg info niat kaedah tasawwuf ini
 
kira mcm yng teknologi philepdhia yng pindahkan kapal tu...

tapi nie karamalah.....niat ajer suma jadi...

tapi kenalah mengasingkan dunia...
 
Salah satu hikmah mengapa manusia sebagai Khalifah dimuka bumi bukan jin...
 
Nama dasat..teknologi Keramat Dunia ke 19..total ada berapa Keramat Dunia?..bukan mocking..sekadar nak tahu..
 
Teringat masa sekolah dulu ustaz cerita ttg Asif ni

Ifrit offer pindahkan singgahsana Ratu Balqis sebelum Nabi Sulaiman bangun dari singgahsana

Asif pulak offer within a glimpse (sekelip mata) pastu tengok2 dah sedia ada depan mata

Peristiwa ni membuktikan manusia lebih hebat dari jin dan makhluk2 lain sekiranya bertaqwa dan dekat kepada ALLAH

ifrit adalah golongan jin paling hebat,dan paling bijak dikalngan jin namun kehebatan jin tak dapat menandingi khalifah ALLAH iaitu manusia yangberiman dan bertaqwa

tq TT sbb share dgn kami ttg info niat kaedah tasawwuf ini

yup betul tu ,berserah diri kepada allah bukan calang2 manusia sebab kita ada nafsu tu yg susah,
 
menarik betul..tp ilmu2 ni sume dh hilang..klo ade pun yg dh sesat hehe
 
Back
Top
Log in Register